Kata-kata Pembakar Semangat Dan Motivasi

Lumrah sebagai seorang manusia, kadangkala kita mengalami situasi yang kelam dalam kehidupan. Motivasi diri untuk memulakan hari baru hilang entah kemana, tidak sama seperti hari-hari yang lalu. Untuk yang sedang belajar, menghadapi saat peperiksaan amat menakutkan. Semalam baca, pagi dah lupa. Yang bekerja pula lebih kurang ceritanya, semalam tidur awal kononnya nak bangun awal. Tapi bila dah bangun, mood masih naik turun disebabkan gelisah tak tentu hala bila memikirkan hal kerja. Walau dari luaran kita tengok seseorang itu gembira, dalam hatinya kita tak tahu. Samada dia betul2 gembira atau sedang mengalami masalah.
gambar-motivasi
Diharap koleksi dan himpunan kata-kata ini dapat membantu anda, keluarga, rakan dan orang disekeliling menghadapi hari ini dan hari mendatang 🙂

Kata-Kata Motivasi Diri

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dan menjadi tempat berteduh.

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.

Kesempatan yang kecil merupakan permulaan usaha yang besar.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.

Mengetahui perkara yang betul tidak bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Tingkah laku umpama cermin yang mempamerkan imej.

Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan.

Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan merasai kebahagiaan.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya.

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.

Sekarang senang, fikirkan juga susah di hadapan.

Lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh.

Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang mengganggu perasaanya takut dikatakan bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil.

Manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan.

Berfikirlah sebelum berkata-kata, jangan berfikir sesudahnya.

Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain.

Jangan berbangga dengan pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan.

Jangan biarkan perahu hanyut tiada nakhoda, nanti hanyutnya tidak singgah di pelabuhan.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah tersedia.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.

Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

Yang dikatakan sahabat bukanlah orang yang sentiasa memuji-mujimu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahanmu.

Kita selalu lupa apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Sesungguhnya hati orang yang bodoh ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.

 

Kata-Kata Melawan Dan Bangkit Dari Kegagalan

Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Menangisi kegagalan adalah satu pembaziran masa.

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

Di sebalik nikmat ada bala, di sebalik bala ada nikmat.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Manusia yang tidak berharap untuk menang memang telah kalah.

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan jadi hebat.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Berfikirlah secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak jumpa jalan keluar.

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa yang anda masih mempunyai masa depan.

Melalui orang yang kita hindari akan buat kita kenal sudut pandang yang baru.

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ia datang menghampiri kita.

Keberanian adalah melakukan sesuatu yang ditakuti.

 

Kata-Kata Pembakar Semangat Untuk Pelajar Dan Yang Sedang Bekerja

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan. (ayat evergreen ni!)

Tiada hasil tanpa tindakan.

Pelajar yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Belajar ketika letih adalah membuang masa.

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.

Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir.

Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran.

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika digunakan.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai dan dapat hasilnya.

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Manusia berharap terlalu banyak tetapi buat terlalu sedikit.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau terus belajar.

Satu-satunya yang menghalang kita adalah sikap yang negatif.

Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.

Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.

Sumber: gambar, 1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.