Kisah Orang Minyak

Cerita seram orang minyak menjadi misteri yang tiada berkesudahan. Seakan-akan bermusim, ia akan menjadi isu yang hangat diperkatakan apabila sesebuah penempatan diserang entiti ni. Pada tahun ini saje, 2013, 2 kes berlaku di Malaysia telah dilaporkan oleh pihak media. Kejadian berlaku di Kuala Terengganu dan Bentong, Pahang. Kewujudan orang minyak kadang2 menjadi tanda tanya samada ianya kisah benar ataupun hanya rekaan semata-mata.

orang-minyak

Orang Minyak Tu Siapa?

Makhluk ini merupakan seseorang yang menuntut ilmu batin untuk tujuan menceroboh masuk ke dalam sesebuah rumah. Tujuaannya untuk mencuri.

Antara cerita mulut ke mulut yang biasa kita dengar, makhluk berminyak ini akan memperkosa 40 orang gadis untuk memperkuatkan lagi ilmu yang diamalkannya. Ada juga cerita yang dia perlu buat begitu untuk pulih dari jadi hitam akibat tersalah menuntut ilmu. Tu la nak kata, kisah ni mungkin ada kebenaran. Tapi tak berkecuali yang mengatakan orang minyak sebenarnya penyamun. Minyak disapu pada badan supaya menjadi licin dan sukar untuk ditangkap oleh penduduk dan pemilik rumah.

Misteri orang minyak amat popular pada zaman dulu2, dan telah dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Tiga filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berkaitan dengan makhluk ini ialah Orang Minyak, Sumpah Orang Minyak dan Serangan Orang Minyak.

Untuk yang tidak pernah mengalami situasi kampung diserang makhluk ini mungkin beranggapan ianya kes dongeng. Tapi berbeza untuk yang pernah diserang. Misteri kekal misteri..

Olahan semula dari sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.