Maksud Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S)

Apa itu Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S)? Apa objektif dan rasionalnya pelaksanaan dasar ini? Setiap murid akan menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Ia dilaksanakan untuk menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi dan jasmani. Murid akan terlibat secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

kementerian-pendidikan-malaysia
gambar hiasan

Melalui Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) dapat membina kesihatan dan meningkatkan prestasi murid yang berbakat dan berpotensi. Bakat tersebut akan terus dikembangkan lagi hinga ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut ialah objektif pelaksanaan program ini:

Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Ia juga dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

– Meningkatkan kecergasan jasmani
– Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni
– Memupuk perpaduan di antara kaum
– Membentuk budaya sukan di kalangan murid
– Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal
– Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
– Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Sekiranya kemampuan sekolah Prasekolah baik, murid Prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan untuk menyertai program ini. Aktiviti 1M 1S ialah penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa.

Murid akan dinilai berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada, iaitu:
1. Kehadiran
2. Jawatan Serta Sumbangan
3. Penglibatan
4. Pencapaian

Diharap dengan pelaksanaan dasar ini dapat melahirkan insan yang akan memberi impak positif kepada negara terutama dalam bidang kesukanan.

Huraian dari sumber Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.