Maksud Tersembunyi Di Sebalik Iklan Colgate

Setiap iklan oleh mana-mana pihak untuk mempromosikan keluaran mereka akan terkandung mesej dan gambaran yang ingin disampaikan. Mesej tersebut dimaklumkan secara terus dan juga secara tersembunyi, iaitu “subliminal message”. Seperti iklan produk Flos Gigi Total oleh Colgate dalam artikel ini, 3 poster yang dikeluarkan untuk produk tersebut amat menarik sekiranya kita faham apa yang cuba disampaikan. Jom kita tengok!

1.
iklan-menarik-colgate

2.
iklan-menarik-colgate

3.
iklan-menarik-colgate

Apa maksud yang tersembunyi di sebalik poster iklan ini? Dengan menggunakan khidmat syarikat pengiklanan di Brazil, Y&R Brazil, idea kreatif dan membuatkan sesiapa yang lihat poster ini akan mengingatinya. Maksud dan mesej yang cuba disampaikan ialah makanan yang melekat pada gigi lebih menarik perhatian orang disekeliling berbanding kekurangan anggota badan dan fizikal. Jadi, anda memerlukan Flos Gigi Total untuk memastikan yang tiada makanan melekat pada gigi. Untuk lebih faham, cuba lihat poster satu persatu.

1.
Mata anda akan tertumpu pada gigi, bukan pada lebihan jari wanita di bahu lelaki tersebut.

2.
Mata anda akan tertumpu pada gigi, bukan pada tangan misteri di bahu lelaki tu. Erk!

3.
Mata anda akan tertumpu pada gigi, bukan pada telinga lelaki yang hilang.

Bijak betul idea untuk iklan produk ni. Adakah iklan2 sebelum ini yang dilabelkan sebagai “photoshop disaster” merupakan iklan yang mempunyai mesej tersembunyi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.