Necropants – Seluar Dari Kulit Mayat

Pada kurun ke-17, kulit orang mati telah dijadikan seluar oleh ahli sihir di Iceland. Necropants – seluar diperbuat dari kulit bahagian pinggang ke kaki. Pada waktu tersebut, orang yang hidup akan pakai kulit kawannya yang telah mati. Diantara kawan2, akan mendapatkan kebenaran untuk guna kulit antara mereka apabila berlakunya kematian.

necropants-holmavik-iceland

Yang hidup akan gali kubur si mati, kemudian kulit mayat diambil dari pinggang ke kaki tanpa sebarang koyakan atau lubang. Ia dipercayai akan membawa kekayaan kepada si pemakai, dan boleh dipakai siang dan malam. Senang cerita, tak nak tanggalkan pun takpe! Tetapi bila pemakai dah nak mati, dia kena serahkan Necropants kepada orang lain. Jika tidak, mayat akan dijangkiti kutu yang ada pada seluar ni. Orang seterusnya yang terima seluar ni akan dapat kekayaan jugak. Untuk yang nak tengok seluar berserta bulu kaki yang unik ni, boleh pergi ke The Museum of Icelandic Sorcery & Witchcraft di Holmavik, Iceland. Ada “sehelai” je yang tinggal kat dunia ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.