Dengan Tudung FAREEDA..Anda Nyata Jelita. Mesti anda selalu dengar tagline ni kan. Seperti kebanyakan pengusaha baru yang ingin menjalankan perniagaan dalam pasaran, pengasas jenama tudung FAREEDA juga mengalami kesukaran dalam memasarkan hasil keluaran mereka di waktu permulaan. Jika diselami saat awal dan biodata Puan Faridah Zakaria selaku pemilik Butik Tudung Fareeda, dia hanya memulakan perniagaan dengan hanya berbekalkan 2 mesin jahit. Namun segala susah payah itu dibalas dengan kejayaan yang hebat. Kini jenama FAREEDA merupakan antara jenama tudung yang paling popular di Malaysia. Ia juga menjadi penaja utama untuk penyampai dalam rancangan dan rangkaian TV di Malaysia, antaranya Berita TV9, TV Al-Hijrah, Berita TV1 dan Wanita Hari Ini.
Gambar pengasas dan pemilik, Puan Faridah Zakaria (kiri) bersama salah seorang pengedar.
Dalam rancangan TV terutama rancangan kewanitaan, anda selalu lihat seorang wanita muncul selaku pengurus pemasaran dan model untuk jenama ini, iaitu Mawar Abdul Karim juga digelar Mawar FAREEDA. Dia merupakan anak saudara kepada pengasas, dan juga antara orang kuat jenama tudung FAREEDA.
Itulah sedikit sebanyak info tentang jenama ini. Berikut pula adalah alamat dan nombor telefon butik:
FAREEDA HOUSE OF SCARF
Ibupejabat FAREEDA :
69A, 71A & 73A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-89257164 / 03-89121772
Cawangan Butik-Butik FAREEDA :
Butik FAREEDA Bangi, No.69 & 71, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor D.E.
Tel: 03-89201534
Butik FAREEDA Shah Alam, No.12, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam
Tel: 03-55117164
Butik FAREEDA Pulau Pinang, 1453, Permatang Tengah, 13500 Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3901644
Tahun berapakah Syarikat Fareeda Scaft ditubuhkan tak dinyatakan?
Wife pakai tudung kemboja je .. beli kat sini, murah2 …. kalau KL harga RM100 lebih, sini benda sama, kualiti sama … leh dapat separuh harga … RM30-50 je.
Janji selesa dan tutup aurat kan tuan. kalau nak mahal2 ni kena ikut kemampuan la.