Penyelesaian Anak Malas Pergi Ke Sekolah

Masalah anak tak mahu pergi taska, tadika atau sekolah pasti akan dialami oleh ibu bapa. Biasanya kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah yang selalu meragam bila dikejut pada waktu pagi. Bila dah dikejut, ada yang sambung tidur, meragam seperti marah-marah dan menangis. Sedikit sebanyak hal ini akan menjejaskan rancangan pada hari tersebut, contohnya si bapa perlu keluar awal kerana ada mesyuarat. Tapi sudahnya lambat jugak sebab nak pujuk anak.

Cara menangani masalah ini perlu dilakukan dengan betul supaya anak kita ada rasa hormat terhadap kita. Ia boleh diatasi dengan pelbagai langkah dan tips kerana tiada yang mustahil.

Anak tak suka pergi ke sekolah, nak buat apa ye?

1. Tidur Awal
Kalau dah namanya budak, memang harapan la nak tidur awal. Jadi sebagai ibu bapa, ambil inisiatif untuk pastikan anak tidur awal. Jika zaman dulu-dulu, matikan lampu dan televisyen, terus mereka tidur. Sekarang matikan modem wifi dan simpan telefon pintar mereka. Waktu yang sesuai untuk tidur lebih kurang 10 malam.

2. Bangun Awal
Bila dah tidur awal, baru anak-anak boleh bangun awal. Jika anak meragam, anda masih mempunyai banyak masa untuk pujuk mereka. Andai kata bangun cukup-cukup masa je, kelam kabut jadinya!

3. Kenal Pasti Punca Di Sekolah
Buli. Memang ini antara punca anak tak nak pergi sekolah. Duit kena ambil, kena buat kerja murid lain dan makanan kena makan oleh budak yang nakal. Tanya mereka elok-elok.

4. Siapkan Kerja Rumah
Tak nak pergi sekolah, alasan kerja rumah tak siap. Hari sebelumnya, carilah masa untuk periksa apa yang telah diberikan kepada mereka. Bantu mereka selesaikan kerja tersebut.

5. Kesihatan
Periksa suhu badan, mana la tahu anak demam. Kalau hidung berair, mungkin selesema.

6.Pujuk Sebelum Pergi Sekolah
Adik kena bangun, mandi, makan dan pergi sekolah. Kena belajar pandai-pandai, barulah boleh jadi ultraman bila dah besar nanti. Nescaya mereka akan bangun dan capai tuala haha

7. Pujuk Selepas Pulang Dari Sekolah
Adik kena bangun dan pergi sekolah. Petang nanti kita pergi jalan-jalan kat Pavilion.

8. Kenal Pasti Anak Pemalu
Untuk ibu bapa yang mempunyai anak pemalu perlu berusaha lebih. Sifat pemalu akan membuatkan anak kita kurang keyakinan diri. Jadi pesanlah dengan kata-kata yang mampu mengurangkan malu mereka untuk menghadapi suasana di sekolah.

9. Periksa Pakaian
Sebagai kanak-kanak, mereka akan bermain di sekolah umpama berada di taman permainan. Berlari, berkejaran dan melompat. Jadi periksa pakaian mereka jika terdapat koyakan atau kotoran. Kadang-kadang kita nampak kat baju ada lubang kecil dan anggap itu perkara biasa. Tapi bagi murid sekolah, hal kecil itu pun boleh jadi bahan buli. Eh baju kau koyak, jangan kawan dengan kitorang.

10. Berdoa
Setelah pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan namun tiada perubahan, berdoalah kepadaNya. Mungkin melalui doa mampu membuatkan mereka kuat dari segi fizikal, mental dan rohani untuk bangun di waktu pagi dan melalui saat-saat di sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.