Perkataan Paling Panjang Di Dunia – 189819 Huruf

Tahukah anda, perkataan terpanjang di dunia ialah nama penuh kimia untuk protein? Nama penuh untuk protein Titin yang juga dikenali sebagai Connectin terdiri daripada 189,819 huruf. Dengan hampir 200 ribu huruf, masa yang diambil untuk menyebutnya ialah 3 jam setengah!

titin-nama-terpanjang-di-dunia

Ia merupakan protein gergasi yang berfungsi untuk keanjalan pasif otot. Nama Titin ini diambil dari perkataan Greek, Titan, maksudnya sesuatu yang besar. Nama yang panjang ini tidak tersenarai dalam kamus kerana ia hanyalah formula, bukan perkataan untuk bahasa inggeris. Ada seorang lelaki telah merakam sebutan untuk nama penuh Titin. Kalau ada yang sanggup nak tengok video tu dan mempunyai masa yang terluang, klik sini > youtube.com. Tak puas hati sebab tak tau apa yang dia sebut? Anda boleh baca nama tersebut di sini > pastebin.com. Memang lelaki ni nekad dengan apa yang dia lakukan, lama kot nak baca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.