Punca Lampu Kalimantang Berkelip

“Kenapa lampu kalimantang ni berkelip-kelip yer? Saya bukannya tahu sangat cara nak baiki ni..” Soal si suami kepada isterinya.

“Memang la saya kerja technician, bang!” balas isteri dengan nada sinis.

Situasi ini akan berlaku apabila lampu digunakan dalam tempoh yang lama. Jangka hayatnya sudah tiba, dan boleh menyebabkan kerosakan.
Namun jika anda baru pasang dan guna, mungkin ada yang tak kena.

*Starter konvensional

Apa yang anda boleh buat apabila lampu berkelip ialah:

1. Sudah tiba waktu untuk tukar starter. Lebih bagus guna stater elektronik.

2. Guna Choke yang bersesuaian dengan kuasa lampu kalimantang. Maksudnya Choke 32W untuk lampu panjang manakala Choke 16W untuk lampu pendek. Biasanya pada waktu malam, lampu berkelip kerana choke tidak dapat voltan yang mencukupi untuk menyalakan lampu.
choke-ballast-lampu-kalimantang
3. Nilai faktor kuasa rendah pada Choke. Kuasa yang rendah menyebabkan kuasa tidak dapat dihantar sepenuhnya kepada lampu.

Olahan semula dari sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.