Punca, Simptom Dan Cara Menghilangkan Pedih Perih Ulu Hati

Pedih atau perih ulu hati adalah disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia berlaku apabila asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan untuk elak bahan kimia. Ada yang sebut senak ulu hati, adalah gejala biasa dan biasanya terjadi selepas makan hidangan yang berat. Ibu yang sedang hamil juga akan mengalami masalah ini. Rawatan segera amat penting. Melalui entri ini, kami akan kongsikan apa punca, simptom dan langkah pencegahan untuk rawat perih ulu hati. *kami bukan doktor, cuma ingin kongsi sesuatu yang kami baca.

pedih-perih-senak-ulu-hati

Punca-Punca
– Merokok selepas makan
– Masalah obesiti
– Kafein
– Alkohol
– Coklat
– Air berkarbonat
– Jus buah-buahan jenis berasid seperti oren dan nenas
– Ubat-ubatan tertentu

Simptom atau Tanda-Tanda
– Rasa terbakar dan kepanasan dalam tekak.
– Rasa terbakar di dada pada bahagian bawah tulang dada.
– Rasa seperti ada cecair panas masam dan masin dalam tekak.
– Suara menjadi serak.
– Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
– Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.

Cara Merawat Gejala Ini
– Elakkan makanan yang diawet, bergoreng, berlemak, pedas dan berempah. Lemak akan melambatkan proses pencernaan.
– Elakkan minuman berkarbonat.
– Kurangkan kuantiti makanan. Makan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
– Makan perlahan dan kunyah sebelum telan.
– Makan dalam keadaan yang tenang, bukannya ketika penat dan cemas.
– Elakkan menghisap rokok selepas makan.
– Turunkan berat badan untuk yang obesiti.
– Tidak tidur dalam masa 2 jam selepas makan.
– Kurangkan pengambilan kopi.
– Kunyah makanan dengan lebih kerap. Ini kerana lebih kerap anda kunyah, lebih banyak enzim yang akan dirembeskan bersama air liur, yang berupaya untuk meneutralkan asid di dalam makanan anda.

Olahan semua dari sumber: 1, 2

2 thoughts on “Punca, Simptom Dan Cara Menghilangkan Pedih Perih Ulu Hati

  1. Info yang menarik. Saya juga setuju dengan penerangan yang dijelaskan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.