Seminar Dr Azizan Osman

Siapa Dr Azizan Osman? Apa yang beliau buat? Seminar yang diadakan telah menghasilkan peserta yang berjaya, dan dalam masa yang sama ada yang kata dia penipu dan mangsa tipu. Betul ke fenomena ini? Jika anda belek surat khabar dan menonton televisyen, pelbagai testimoni/testimonial yang bagus tentang seminar atau kursus yang diadakan. Rahsia tarikh lahir juga dapat membantu peserta maju dalam bidang yang mereka ceburi. Ilmu rahsia pemasaran dikongsi dengan gaya yang tersendiri ketika Dr mengendalikan Program Untuk Orang Biasa-Biasa Yang Ingin Belajar Bagaimana Untuk Hidup Luar Biasa Dan Bahagia!

seminar-dr-azizan-osman

Dari tahun ke tahun, jadual sangat padat. Pelbagai seminar diadakan untuk berkongsi ilmu antaranya ialah Seminar Kenali Potensi Diri 2011, Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa 2012, Seminar Jutawan Industri 2013, Seminar marketing power 2013 dan Seminar Berani Berniaga 2013. Kenapa anda perlu hadir? Hasil nasihat yang diberikan, anda mampu melakukan perubahan dalam hidup.

Kami kongsikan sedikit tentang latar belakang, biodata atau “profile” Dr Azizan Osman!

Pada tahun 2001, Dr memulakan karier untuk menjadi seorang pakar dalam pemasaran dan jualan antarabangsa di sebuah organisasi di London. Dalam tempoh beberapa tahun, beliau merangkul sebanyak 14 anugerah individu bagi prestasi dan kejayaan dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengiklanan serta pemasaran. Pulang ke Malaysia, Richworks Group of Companies telah diasaskan oleh Dr pada 2008, dan berkembang dengan cepat dalam masa cuma 3 tahun sahaja. Organisasi ini menyediakan program-program berbentuk pendidikan dalam bidang pembangunan kemuncak prestasi diri serta pembangunan diri. Kumpulan Richworks dinaungi oleh 12 anak syarikat. Anak syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan termasuk perunding pengiklanan dan pemasaran, rekaan grafik dan percetakan, perdagangan import eksport, penerbitan buku, media sosial dan web, kecantikan dan kesihatan, pengurusan acara serta perkhidmatan korporat dan perakaunan.

Mungkin ada pembaca yang telah, berhasrat dan tak nak pergi seminar untuk perubahan diri ini. Itu semua terpulang pada individu. Kami pernah pergi ke? Hehe

Sumber: 1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.