Susan Bennett – Pemilik Suara Siri iPhone

Bagi pengguna iPhone, sudah semestinya anda akan guna “Siri” untuk tanyakan sesuatu. Mungkin sekadar suka2. Siri ialah pembantu maya dalam iPhone, yang mula diperkenalkan ketika model 4S. Tetapi tahukah anda, siapa pemilik disebalik suara tersebut? Susan Bennett, 64 tahun merupakan yang kerjanya sumbangkan suara untuk sesuatu projek, contohnya GPS dan iklan. Pada Julai 2005, Susan diminta merakam suara oleh sebuah syarikat software, ScanSoft. Pelbagai perkataan dan ayat mengikut sebutan yang betul disebutnya. Kontrak ditandatangani, tetapi dia tidak pasti suara tersebut akan digunakan untuk apa. Ketika kemunculan 4S, ahli keluarga dan rakannya macam kenal suara siri. Baru la dia tahu rupanya tu tujuan sebenar.

susan-bennett-suara-siri

Namun pihak Apple tidak mengesahkan yang suara tersebut ialah milik wanita itu. Bagi mereka, isu suara ni hanyalah gangguan terhadap tujuan asal, iaitu mendapatkan keuntungan. Apa-apa pun, pakar suara yang berpengalaman mengesahkan ia milik Susan.

Hebat betul suara dia. Satu dunia dengar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.