Tubie – Hilangkan Kedutan Tanpa Seterika

Gosok pakaian merupakan aktiviti yang mengambil masa lama sekiranya perasaan malas melanda diri. Namun dengan kehadiran Tubie, sebuah mesin keluaran Carina Kraus, ia akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah ini. Tubie dikeluarkan di Munich, Jerman merupakan alat untuk kering dan menghilangkan kedutan pada baju dan seluar. Produk kejuruteraan Jerman ini mengambil masa hanya 7 minit untuk melengkapkan kedua-dua proses. Pengguna hanya perlu sarungkan pakaian pada belon seperti yang dapat dilihat pada gambar. Kemudian udara panas diisi dan seterusnya kembang mengikut bentuk baju dan seluar.

1.

Telah menerima gelaran “The World’s First Hands Free Iron” atau seterika tanpa perlu dipegang pertama di dunia, kerana tidak perlu guna seterika untuk hilangkan kedutan. Ia mampu dimiliki dengan harga 850Pound atau lebih kurang RM4450. Menarik bukan? Harga je la yang tak berapa nak menarik haha

2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.