Bersenam 2 Minit Untuk Naik Keretapi Percuma

Sebuah unit “vending machine” diletakkan di stesen keretapi Vystavochaya, Russia. Mesin ini amat istimewa, iaitu anda akan dapat tiket untuk naik keretapi secara percuma sekiranya berjaya membuat senaman. Dalam masa 2 minit, seseorang perlu melakukan 30 “squat” di hadapan mesin tersebut. Senaman macamana tu? Sila rujuk gambar dibawah yer.

1.
tiket-percuma-vystavochaya-subway

Sensor yang ada pada mesin akan kira jumlah yang telah anda buat dan mengeluarkan tiket jika berjaya. Namun sekiranya bilangan tak cukup 30, maka terpaksa la anda beli tiket. Wang yang dapat anda jimat ialah sebanyak usd0.93 atau RM2.96. Banyak tu! Pemasangan mesin ini adalah bersempena Sukan Musim Sejuk 2014 di Sochi, Russia dan mula dipasang pada Disember 2013. Tujuaan utama untuk menerapkan bersenam sebagai salah satu keperluan dalam hidup seharian.

2.
tiket-percuma-vystavochaya-subway

3 thoughts on “Bersenam 2 Minit Untuk Naik Keretapi Percuma

  1. Mohon buat jugak di restoran-restoran segera McD… Bakar dulu lemak, baru isi…

  2. memang elok buat kat Malaysia..hohoh

  3. betul tu, sangat sesuai untuk dipasang di Malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.