Cotton Ball Diet – Makan Kapas Untuk Kurus

Cara diet mudah dan berkesan ada banyak yang kita boleh pilih. Tapi hasilnya cepat atau lambat bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Jadi jika ada saudara serta sahabat kongsikan sesuatu cara, tidak semestinya ia sesuai dengan anda. Kisah yang kami kongsikan dalam artikel ini merupakan diet yang cepat, tetapi berbahaya! Mereka akan buat apa saja untuk kurus. “Cotton ball diet” yakni diet bebola kapas diamalkan oleh sesetengah model peragaan untuk kekal kurus. Ya, makan kapas! Seperti yang dapat anda tonton video di youtube *klik sini*, bebola kapas akan dicelup ke dalam air berperisa, kemudian ditelan. Pelik kan?

cotton-ball-diet

Kata orang yang mengamalkannya, ia membuatkan kita berasa kenyang kerana tekstur kapas tersebut umpama makanan biasa dan air menjadi perasa. Walaupun kenyang, namun ia hanya perbuatan yang sia2 dan mengundang kesan jangka panjang yang lebih teruk. Antaranya masalah anoreksia dan penghadaman. Kapas tidak mempunyai khasiat berbanding makanan rutin seperti beras dan gandum.

Pesanan kami, jangan pula ada yang buat ok! Memang tak berguna langsung, umpama anda makan baju yang diperbuat dari kapas, dan dicelup ke dalam jus oren haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.