Iklan Diri Dalam Kedai Untuk Dapat Kerja

Masalah pengangguran di Eropah dikatakan semakin meningkat. Ia dipercayai berpunca dari masalah kewangan negara menyebabkan ramai penduduk tidak mempunyai pekerjaan sehingga bertahun lamanya. Antara negara yang terlibat ialah Denmark. Walaupun mempunyai latar belakang akademik, bidang profesional dan pengalaman yang baik, ia tidak menjaminkan tempat dalam sesuatu organisasi. Maka pihak pengiklanan Reputation Copenhagen tampil dengan idea yang menarik untuk membantu mereka yang memerlukan kerja. Pekerja yang ingin mencari kerja akan duduk umpama patung di dalam butik pakaian, disebalik cermin. Tak jelas? Cuba tengok gambar.

1.
reputation-copenhagen-cari-kerja

Apabila bakal majikan lalu di bahagian luar premis Reputation Copenhagen, mereka akan dapat baca latar belakang si pencari kerja. Umpama kaki shopping tengok baju fesyen terbaru! Antara pekerja yang cuba cara ini mempunyai pengalaman CEO, peguam serta kerjaya2 lain. Pengarah urusan Reputation Copenhagen, Alexander Peitersen, berkata melalui cara ini telah membantu ramai orang mendapatkan pekerjaan. Jika bakal atau wakil majikan tertarik dengan sesiapa yang terlibat, mereka boleh berbual terus dengan si pencari kerja dan menawarkan jawatan.

2.
reputation-copenhagen-cari-kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.