Jentera Luaskan Laluan Lebuhraya Ketika Sesak

Sebuah jentera seberat 30 tan dan panjang 58 kaki beroperasi seperti zip. Kenapa kami umpamakan ia sebegitu? “Barrier Transfer Machines” merupakan sebuah mesin pemindah penghadang jalan konkrit di tengah lebuhraya. Ia akan memindahkan konkrit boleh alih untuk memberi laluan tambahan ketika jalan sesak. Jika kurang jelas, kami bagi contoh. Satu lebuhraya mempunyai 6 lorong pergi balik ke destinasi A dan B. Jika 3 lorong untuk ke A sesak, mesin ini akan alihkan penghadang untuk jadikannya 4 lorong. Maka destinasi B menjadi 2 lorong.

barrier-transfer-machines-zipper-truck

Dengan kelajuan 16km/j, aksi Barrier Transfer Machines boleh dilihat di Jambatan Coronado, California, mungkin juga di negara lain dan bernilai lebih kurang 1 juta dolar sebuah.

2 thoughts on “Jentera Luaskan Laluan Lebuhraya Ketika Sesak

  1. Malaysia, bila lagi nak Beli jentera ni, kata negara maju, tadi pun jem teruk nak ke tempat kerja (27/11/2013) dah tahun 2013 tapi masih tak maju-maju.
    Perjalanan 10 minit jadi 47 minit, akibat daripada kerja-kerja penurapan jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.