Pembalut Burger Untuk Wanita Makan Secara Sopan

Rangkaian kedai burger terkenal di Jepun, Freshness Burger, mengalami masalah untuk jual satu menu burger kepada pembeli wanita. Classic Burger ialah burger yang bersaiz besar, dan hanya dibeli oleh lelaki. Kenapa? Ini kerana wanita atau perempuan ingin makan menu tu tapi malu, nampak hodoh dan kurang sopan untuk kunyah burger tersebut dihadapan orang lain. Mereka perlu makan secara sopan. Bagi penduduk di Malaysia, ia hanya perkara biasa namun tidak di Jepun. Untuk menyelesaikan masalah ni, pihak pengiklanan telah diupah.

kertas-pembalut-burger-liberation-wrapper

Dentsu East Japan telah hasilkan “Liberation Wrapper”, iaitu kertas pembalut bersaiz besar untuk Classic Burger. Ia dicetak dengan gambar mulut sedang tersenyum. Jadi, orang lain tak akan nampak betapa luasnya mulut perempuan yang makan burger di sebalik kertas pembalut tu. Bijak bukan? Dan hasil penggunaan kertas pembalut ini, jualan Classic Burger kepada pembeli kaum hawa meningkat sebanyak 213 peratus! Akhirnya, mereka enjoy makan dan kunyah burger tanpa rasa bersalah di khalayak ramai.

*Maksud liberation – tindakan untuk membebaskan seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.