Warna Tema Untuk Majlis Perkahwinan Dan Pertunangan

Pemilihan warna tema untuk majlis perkahwinan dan pertunangan menjadi antara aspek penting dalam memastikan majlis berseri-seri. Sesetengah bakal raja sehari atau “bride-to-be” (B2B) yang akan melangsungkan perkahwinan mengikut trend terkini serta cadangan orang disekeliling mereka tanpa mempertimbangkan minat sendiri. Tips serta panduan yang betul perlu diketahui sebelum membuat sebarang keputusan. Seharusnya ia ditentukan mengikut kehendak pengantin lelaki dan perempuan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati dan isu berat sebelah. Untuk yang sedang pening kepala untuk pilih warna menarik sebagai tema, kami sediakan tips pemilihan berserta senarai warna tema untuk majlis perkahwinan anda.

Panduan Dan Tips Pemilihan Warna Tema

1. Busana Pengantin
– Pastikan warna baju yang dipilih sesuai dengan warna kulit anda dan pasangan.
– Gabungan 2 warna juga akan memberi hasil yang lebih memuaskan.
– Seelok-eloknya, berwarna lembut. Baru sejuk mata memandang. Tetapi terpulanglah kepada bakal pengantin.

2. Hiasan Di Majlis
– Pastikan warna hiasan di lokasi mengikut warna tema, sebagai contoh baju pengantin warna hijau, hiasan pun haruslah hijau. Namun bukan hijau yang sama, mungkin lebih cerah ataupun gelap.
– Antara hiasan di majlis ialah dekorasi set pelamin, dewan dan meja.

3. Hantaran & Cenderahati
– Hiasan pada hantaran, bekas hantaran serta cenderahati untuk tetamu mempunyai unsur warna tema. Pasti menyerlah.

4. Pakaian Pengapit dan Ahli Keluarga
– Pakaian untuk pengapit dan ahli keluarga haruslah tidak sama dengan busana pengantin. Jika sama, ia akan menenggelamkan keserian pasangan raja sehari. Contoh yang sesuai, baju pengantin warna turquoise, baju pengapit biru laut.

Namun, sekiranya anda inginkan kelainan, tidak salah untuk cuba bermain dengan lebih dari 2 warna yang berbeza.

Senarai Pilihan Warna Terkini

1.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini

2.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini-2

3.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini-3

4.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini-4

5.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini-5

6.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini-6

7.
warna-tema-majlis-perkahwinan-pertunangan-terkini-7

Sumber gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.