Cara Pengebumian Unik Di Tana Toraja

Cara kaum/puak Toraja yang tinggal di Tana Toraja atau “Toraja Land”, di Sulawesi Selatan melakukan upacara pengebumian amat unik. Kawasan kubur bukan di atas tanah. Upacara diadakan dalam keadaan antara kesedihan dan kekayaan. Ia berlangsung selama beberapa hari, dimana antara keperluan yang harus ada ialah 10 ekor kerbau dan khinzir. Masa hidup, setiap orang dalam masyarakat ini perlu kumpul simpanan yang banyak. Ini penting sekiranya berlaku kematian, ahli keluarga si mati mampu menyediakan haiwan2 yang ingin dikorbankan. Selepas kematian, mayat tidak akan ditanam tetapi akan disimpan dalam rumah tradisional, Tongkonan. Disamping itu, Ma’badong iaitu lagu sedih dinyanyikan sebagai tanda memuji si mati. Mayat disimpan dahulu kerana dipercayai ia belum mati, cuma dijangkiti penyakit.

1.
kubur-tana-toraja

Setelah kerbau pertama disembelih, Teruskan Membaca

Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia

Perkahwinan pelik merupakan hubungan suami isteri diantara manusia dan makhluk atau benda lain. Sebagai contoh, diantara manusia dengan haiwan. Kebanyakan negara tidak membenarkan perkahwinan jenis ini kerana ia diluar batas kemanusiaan dan sememangnya tidak unik. Ianya aneh dan tidak boleh diterima akal namun menarik minat orang di serata dunia dengan hal yang menggemparkan ini. Pelbagai alasan dikemukan oleh orang yang terlalu mengikut perasaan dan ingin hidup dengan pasangan bukan manusia. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 perkahwinan berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.

Wanita Kahwin Dengan Menara Eiffel (2007)
Lokasi : amerika
Info : Erika LaBrie kahwin dengan Menara Eiffel dan tukar nama kepada Erika La Tour Eiffel.
erika-labrie

Teruskan Membaca

Bangunan Paling Pelik Di Dunia

Pembinaan bangunan dengan reka bentuk yang pelik dan unik dapat menarik minat penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar negara. Apabila sesebuah bangunan siap dibina, rekaan dan ciri-ciri yang lain dari biasa mampu mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Arkitek dengan idea kreatif mampu menghasilkan seni bina atau “design” yang menakjubkan, tanpa mengira saiz kecil atau besar dan ia akan menjadi sebahagian sejarah pada masa hadapan. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 bangunan berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.

Crooked House
Lokasi : Sopot, Poland
Tarikh Siap : 2003
Tujuan Pembinaan: Bangunan 3 tingkat sebagai tarikan pelancong
crooked-house-sopot-poland

Teruskan Membaca

Haiwan Paling Pelik Di Dunia

Tiada istilah pelik bagi setiap haiwan/binatang yang unik serta aneh kerana ia merupakan ciptaan olehNya dan ada hikmah tersendiri. Lebih baik jika kita lihat ia sesuatu yang comel yakni menarik untuk dikongsi bersama orang yang belum melihatnya. Dalam keadaan dunia yang sedang menuju ke penghujungnya, pelbagai jenis haiwan telah ditemui, ada yang masih wujud, ada yang hampir pupus dan juga telah pupus. Namun masih terdapat pihak yang rajin untuk mengkaji setiap sudut bumi demi menjejaki spesis yang masih ada di dalam sungai, dasar laut, gunung dan hutan. Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan penemuan pelbagai jenis binatang hidup serta bangkai yang tidak pernah kita lihat. Ada yang bersaiz kecil ada juga seperti gergasi. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 haiwan berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.

Hummingbird Hawk-Moth (Macroglossum stellatarum)
Info : Spesis rama yang kelihatan seperti campuran diantara rama-rama dengan burung kelicap.
Tempat ditemui : Selatan Eropah dan Utara Afrika
hummingbird-hawk-moth-macroglossum-stellatarum

Teruskan Membaca