Asal Usul Dan Ciri Ciri Orang Bunian

Kisah misteri orang bunian kerap kita dengar dan baca penulisan dari orang yang dapat peluang untuk jumpa dengan makhluk ghaib ini. Antara cerita yang dikongsi ialah keadaan alam bunian, kahwin dengan bunian serta disorok bunian. Pengembaraan alam ghaib ke penempatan mereka mendedahkan keadaannya sama seperti kita iaitu penghuni hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan malah dikatakan turut menunaikan haji.

“Namun adakah orang bunian wujud atau sekadar mitos?”

baju-kurung-putih

Asal Usul Orang Bunian
2 teori dikemukakan mengenai kewujudan orang bunian iaitu :

1. Perkahwinan
Mengikut cerita orang lama dan tok guru, mereka wujud apabila manusia berkahwin dengan jin. Terdapat perbincangan dalam kitab fekah mengenai perkahwinan antara manusia dan jin. Keadaan ini boleh dijelaskan melalui rupa dan budaya yang dimiliki bunian sama seperti manusia.

2. Pada Asalnya Manusia Alim
Mereka pada asalnya manusia yang alim, soleh dan taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka lalai dan melakukan kejahatan. Ini membuatkan mereka malu berhadapan dengan manusia, bunian berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah dan zaman Nabi-Nabi terdahulu.

Ciri-Ciri Orang Bunian
Alam bunian memang wujud, dikatakan mereka tinggal di kawasan hutan, kawasan bukit dan jauh dari perhubungan manusia. Namun ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia termasuklah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam. Namun ada yang beriman dan tidak beriman. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuk orang bunian dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut jin. Masyarakat mereka menyerupai struktur sosial manusia iaitu mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat.

Manusia tidak dapat melihat makhluk ini kerana ia tidak memiliki jasad. Namun dengan izin Allah, tidak mustahil untuk dilihat apabila bunian menzahirkan jasadnya. Keadaan ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu seperti apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badan seseorang tanpa disedari individu itu.

——————–

Untuk makluman, bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah ini sama seperti kejadian manusia kembar. Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar untuk mengetahui samada ia benar-benar beriman atau kafir.
Manusia yang masih bersahabat atau berkawan dengan bunian akan menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

Sumber :
Petikan oleh Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi, bersara sebagai Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Berpengalaman dalam perubatan Islam.
Sumber gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.