Cara Menyelesaikan Masalah Dengan Berkesan

Setiap manusia pasti tidak dapat lari dari masalah. Ia menjadi lumrah dalam menjalani kehidupan. Antara keadaan yang kerap dihadapi ialah masalah hidup, kerja, kewangan dan cinta. Apabila datang suatu masalah, kita seharusnya mempunyai strategi untuk menyelesaikannya. Konflik yang timbul perlu diselesaikan supaya tidak menjadi lebih teruk, jadi kemahiran yang betul akan membantu kita mengatasi dengan bijak.
masalah-problem-solution
Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Tips serta panduan diperolehi melalui pengalaman sendiri dan juga orang lain. Kami rangkumkan pelbagai masalah yang boleh diselesaikan dengan cara ini. Kalau rasa ia akan memberi hasil positif dan membantu anda bangkit dari kejatuhan, boleh cuba namun kami bukanlah pakar yang bertauliah.

Teknik ini boleh digunakan untuk :
Menyelesaikan masalah hidup – pelajaran dan kerja
Menyelesaikan masalah perhubungan – cinta, rumah tangga dan persahabatan
Menyelesaikan masalah kewangan – hutang dan perbelanjaan (Pada zaman sekarang, semua orang ada masalah kewangan. Jadi, agak sukar untuk kami jelaskan cara penyelesaiannya. Hutang tak boleh dibayar guna air liur!)

1. Kenalpasti Punca Masalah
Setiap masalah mesti ada punca. Gagal dalam pelajaran? Anda mungkin terlepas tajuk penting untuk dibaca. Mengalami keretakan rumah tangga? Anda mungkin terlepas pandang hal yang remeh. Hutang tidak dapat dibayar? Anda mungkin tersilap kira perbelanjaan. Jadi, kenalpasti punca supaya anda tahu kelemahan apa yang perlu diatasi. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sakit kepala akibat tak tau apa nak buat bila ada masalah!

2. Cari Jalan Penyelesaian
Anda perlu cari jalan penyelesaian, bukan mengenangkan akibat yang telah berlaku. Ini penting. Ramai diantara kita yang buat termasuk kami sendiri. Apabila datang satu masalah, kita akan mengeluh, kenapalah aku kena hadap benda ni semua. Mengeluh tidak akan menyelesaikan perkara tersebut. Tidak, tuan-tuan dan puan-puan. Untuk lebih jelas, kami bagi contoh. (1) Bos bagi 2 3 kerja yang perlu diselesaikan dalam masa singkat. (2) Kawan sekelas dengki dengan keputusan anda yang cemerlang (3) Gaji cukup-cukup makan, nak simpan pun tak boleh. Sebagai jalan penyelesaian, (1) Selesaikan kerja yang sukar terlebih dahulu kerana ia memerlukan masa yang lebih. Ingat, mengeluh tidak akan merubah apa-apa. (2) Orang yang dengki tidak akan dapat keputusan seperti yang anda dapat kerana dia sibuk nak dengki busuk hati. Jadi, buat apa buang masa anda layan orang sebegitu? Pilih kawan. (3) Jika anda kerja waktu pejabat, guna masa selepas kerja untuk tambah pendapatan sampingan. Guna kemahiran yang anda ada untuk cari duit simpanan. Biar apa orang nak kata, sikit atau banyak hasilnya, janji kita buat benda yang betul dan tak menyusahkan orang lain.

3. Pilih Jalan Yang Terbaik
Sekiranya anda ada banyak cara penyelesaian untuk suatu masalah, pilih yang anda rasa paling berkesan. Bincang dengan orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan. Yang penting, anda tentukan.

Cara yang kami kongsikan ini adalah secara am, yakni ia sesuai untuk sesetengah masalah dan tidak sesuai untuk masalah tertentu. Sekiranya ada sebarang tambahan atau komen, sila maklumkan. Ada masalah? Kami sedia membantu, kecuali masalah wang haha

Sumber gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.