Cara Pengebumian Unik Di Tana Toraja

Cara kaum/puak Toraja yang tinggal di Tana Toraja atau “Toraja Land”, di Sulawesi Selatan melakukan upacara pengebumian amat unik. Kawasan kubur bukan di atas tanah. Upacara diadakan dalam keadaan antara kesedihan dan kekayaan. Ia berlangsung selama beberapa hari, dimana antara keperluan yang harus ada ialah 10 ekor kerbau dan khinzir. Masa hidup, setiap orang dalam masyarakat ini perlu kumpul simpanan yang banyak. Ini penting sekiranya berlaku kematian, ahli keluarga si mati mampu menyediakan haiwan2 yang ingin dikorbankan. Selepas kematian, mayat tidak akan ditanam tetapi akan disimpan dalam rumah tradisional, Tongkonan. Disamping itu, Ma’badong iaitu lagu sedih dinyanyikan sebagai tanda memuji si mati. Mayat disimpan dahulu kerana dipercayai ia belum mati, cuma dijangkiti penyakit.

1.
kubur-tana-toraja

Setelah kerbau pertama disembelih, barulah rohnya akan pergi ke Tempat Roh. Kerbau dan khinzir akan disembelih oleh ahli keluarga si mati, diagihkan kepada semua penduduk dan kuantitinya mengikut darjat dalam masyarakat. Ia juga diberi kepada semangat si mati. Haiwan terbabit disembelih dengan tujuan roh si mati akan ditemani roh haiwan tersebut. Pada hari ke 11, mayat tersebut akan dikebumikan. Namun ini la keunikannya, dimana ia tidak ditanam dalam tanah tetapi diletakkan dalam lubang di lereng bukit. Lubang dibuat pada batu bukit untuk letak keranda berisi mayat dan patung kayu diukir bentuk manusia sebagai simbol si mati. Patung tersebut akan menjadi penjaga mayat.

2.
kubur-tana-toraja

Jika berlaku kematian yang melibatkan kanak-kanak belum tumbuh gigi, cara pengebumiannya lain daripada yang ni. Badan akan dibalut dengan kain oleh ibunya. Kemudian, ia diletakkan dalam lubang yang dibuat pada batang pokok. Dan seterusnya lubang tersebut akan tertutup dan pokok terus membesar.

3.
kubur-tana-toraja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.