Gambar Toreh Tangan Kerana Cinta

Sejak kebelakangan ni, gambar toreh tangan hingga berdarah banyak dikongsi di media sosial. Ia dimuatnaik sendiri oleh pemilik akaun, rata-ratanya remaja seawal tingkatan 1 yang kecewa dan gagal dalam percintaan. Dan dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan. Mereka toreh tangan tanpa memikirkan apa akibatnya, walaupun mereka sedar perbuatan ini boleh mengundang maut. Jika tersilap toreh, buruk padahnya.

1.
gambar-toreh-tangan-berdarah

Sebagai dewasa yang pernah melalui zaman remaja, kebanyakan dari kita mungkin pernah rasa betapa kecewanya apabila cinta kecundang di pertengahan jalan. Tetapi tahukah anda, mengapa perbuatan ini menjadi jalan penyelesaian untuk melepaskan perasaan kecewa, sedih, geram dan marah?

2.
gambar-toreh-tangan-berdarah

1. Tidak dapat menerima kenyataan
Apabila dah sayangkan seseorang, memang tak dapat nak terima kehilangannya. Walaupun ramai lagi pengganti, namun ia tidak sama. Sementara nak jumpa pengganti, air mata mengalir bercampur kecewa, pisau digapai, tangan ditoreh..

2. Tiada tempat mengadu dan berkongsi masalah
Ketika sesetengah remaja ini ada masalah, mereka memerlukan seseorang untuk berkongsi. Ada yang memang ikhlas membantu, ada yang mengambil kesempatan, dan ada juga yang suka bila kita dalam kesusahan. Sekiranya tiada yang membantu, mereka membuat keputusan sendiri. Kata orang, ramai kawan lagi bagus. Namun, marilah kita ramai-ramai hadapi realiti kehidupan. Rambut sama hitam tetapi hati ada yang warna kuning, biru, hijau dan pink. Jadi, pandai-pandai la bila hendak berkawan.

3. Pendedahan terhadap budaya luar
Budaya toreh tangan ni amat popular di kalangan remaja mat saleh akibat kecewa. Selain dari pengambilan dadah. Mungkin remaja di Malaysia tertanya-tanya apa yang best buat macamni, jadi mereka pun buat la jugak. Samada ia menyelesaikan masalah atau tidak. Banyak persoalan yang bermain di minda kanak-kanak dan remaja, dan mereka cuba untuk cari jawapan.

Sebelum remaja mahupun yang dewasa mengambil keputusan untuk toreh tangan, diharap dapat fikir apa akibatnya nanti. Sudah pasti ia akan meninggalkan parut. Kalau pisau tu kotor, boleh terkena jangkitan. Anda jugak yang susah nanti.

3.
gambar-siang-ikan

Pesanan khidmat masyarakat, elok siang ikan dari toreh tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.