Hadiah Untuk Pengantin Baru

Apabila tiba cuti sekolah, jemputan ke majlis perkahwinan akan memenuhi agenda kita di hujung minggu. Undangan untuk menghadiri majlis mempelai samada pengantin baru itu saudara mahupun rakan dan kawan mungkin akan bertindih, jadi susun ia sebaik mungkin. Kalau boleh, penuhi semua jemputan kahwin. Tetapi yang menjadi sedikit masalah ialah apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada pengantin baru tersebut? Adakah yang mahal, murah ataupun seikhlas hati? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai cadangan atau contoh hadiah yang mampu anda beli dengan kos bawah RM50 hingga RM100.

bunga-manggar

Sudah semestinya anda inginkan barang lain dari biasa, asyik2 bagi set pinggan mangkuk, memang dah penuh bawah katil pengantin tu nanti. Hadiah2 ini anda boleh beli secara individu mahupun kongsi duit dalam satu kumpulan. Diharap anda dapat memberikan yang terbaik kepada raja sehari!

Senarai Cadangan Hadiah Untuk Pengantin Baru
1. Bekas penyimpanan makanan yang berkualiti
2. Dapur gas. Elok yang single, kecil sikit. Kalau double memang besar nak dibawa. Terkedu nanti tuan rumah sambut haha
3. Peti bantuan kecemasan. Termasuklah minyak angin, minyak urut dan minyak gamat.
4. Bekas gula, garam dan sama jenis dengannya
5. Penimbang makanan. Sesuai untuk yang suka memasak.
6. Pemanas air elektrik
7. Botol berkualiti untuk simpan air minuman
8. Set pertukangan rumah contohnya 1 kotak ada tukul, screwdriver dan sebagainya. Tapi jangan la bagi penebuk dinding, berat!
9. Powerbank
10. Penapis air
11. Jam dinding
12. Tempat letak kunci
13. Rak untuk letak remote TV
14. Bekas untuk pakaian kotor
15. Set cadar
16. Penimbang berat badan
17. Topi keledar
18. Buku yang kearah kekeluargaan dan agama
19. Tuala
20. Telekung
21. Tilam nipis. Boleh letak diruang tamu.
22. Karpet yang boleh dilipat. Kalau tak jenuh korang nak membalutnya.
23. Set solekan/make up yang berkualiti
24. Set pakaian tidur
25. Pengering rambut

Sumber gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.