Haiwan Paling Pelik Di Dunia

Tiada istilah pelik bagi setiap haiwan/binatang yang unik serta aneh kerana ia merupakan ciptaan olehNya dan ada hikmah tersendiri. Lebih baik jika kita lihat ia sesuatu yang comel yakni menarik untuk dikongsi bersama orang yang belum melihatnya. Dalam keadaan dunia yang sedang menuju ke penghujungnya, pelbagai jenis haiwan telah ditemui, ada yang masih wujud, ada yang hampir pupus dan juga telah pupus. Namun masih terdapat pihak yang rajin untuk mengkaji setiap sudut bumi demi menjejaki spesis yang masih ada di dalam sungai, dasar laut, gunung dan hutan. Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan penemuan pelbagai jenis binatang hidup serta bangkai yang tidak pernah kita lihat. Ada yang bersaiz kecil ada juga seperti gergasi. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 haiwan berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.

Hummingbird Hawk-Moth (Macroglossum stellatarum)
Info : Spesis rama yang kelihatan seperti campuran diantara rama-rama dengan burung kelicap.
Tempat ditemui : Selatan Eropah dan Utara Afrika
hummingbird-hawk-moth-macroglossum-stellatarum

Tufted Deer (Elaphodus cephalophus)
Info : Spesis rusa yang bertaring.
Tempat ditemui : Timur Tibet
tufted-deer-elaphodus-cephalophus

Naked Mole Rat (Heterocephalus glaber)
Info : Spesis rodent. Nama lain ialah Sand Puppy dan Desert Mole Rat.
Tempat ditemui : Timur Afrika
naked-mole-rat-heterocephalus-glaber

Fossa (Cryptoprocta ferox)
Info : Spesis memerang. Nama lain ialah Malagasy.
Tempat ditemui : Pulau Madagascar
fossa-cryptoprocta-ferox

Blobfish (Psychrolutes marcidus)
Info : Spesis ikan laut dalam.
Tempat ditemui : Perairan Australia, Tasmania dan New Zealand
blobfish-psychrolutes-marcidus

Gobi Jerboa (Allactaga bullata)
Info : Spesis rodent.
Tempat ditemui : China dan Mongolia
gobi-jerboa-allactaga-bullata

Panda Ant (Mutillidae)
Info : Bukan spesis semut tetapi penyengat. Jantan bersayap dan betina tiada sayap. Nama lain ialah Cow Killer dan Cow Ant
Tempat ditemui : amerika utara dan Mexico
panda-ant-mutillidae

Aye-aye (Daubentonia madagascariensis)
Info : Spesis lemur. Alaa watak dalam kartun Madagasgar i like to move it move it tu.
Tempat ditemui : Pulau Madagascar
aye-aye-daubentonia-madagascariensis

Pacu
Info : Spesis kan air tawar, ada kaitan dengan ikan piranha. Ia memiliki gigi seperti manusia.
Tempat ditemui : amerika selatan
pacu

Saiga Antelope (Saiga tatarica)
Info : Spesis antelope yang diancam kepupusan.
Tempat ditemui : Mongolia
saiga-antelope-saiga-tatarica

Artikel Berkaitan :
Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia
Bangunan Paling Pelik Di Dunia
Hotel Paling Pelik Di Dunia
Nama Tempat Paling Pelik Di Dunia
Kematian Paling Pelik Di Dunia
Undang Undang Paling Pelik Di Dunia
Makanan Paling Pelik Di Dunia
Restoran Paling Pelik Di Dunia
Tempat Paling Pelik Di Dunia
Fesyen Paling Pelik Di Dunia
Gambar Paling Pelik Di Dunia
Kenderaan Paling Pelik Di Dunia
Manusia Paling Pelik Di Dunia
Rumah Paling Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.