Hotel Paling Pelik Di Dunia

Pembinaan hotel dengan reka bentuk yang pelik dan unik dapat menarik minat penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar negara menginap di hotel tersebut. Ada yang dibina tanpa mengira bintang, tetapi lebih kepada tema tertentu. Apabila sesebuah hotel siap dibina, rekaan dan ciri-ciri yang lain dari biasa mampu mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Arkitek dengan idea kreatif mampu menghasilkan seni bina atau “design” yang menakjubkan, tanpa mengira saiz kecil atau besar. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 hotel berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.

IKEA Sovhotell
Lokasi: Stockholm, Sweden
Info : IKEA sediakan bantal, tilam dan penutup mata untuk pelanggan berehat sekiranya penat ketika membeli-belah.
ikea-sovhotell-sweden

Mirrorcube
Lokasi : Harads, Sweden
Info : Kotak bersaiz 4x4x4 meter diatas pokok dan disaluti cermin pada bahagian luar. Muat untuk 2 orang.
mirrorcube-sweden

ICEHOTEL
Lokasi : Jukkasjarvi, Sweden
Info : Dibina menggunakan ais.
icehotel-sweden

Marmara Antalya
Lokasi : Antalya, Turki
Info : 24 daripada 208 boleh berputar 360 darjah beberapa kali dalam sehari, antara pemandangan yang boleh dilihat ialah Laut Mediterranean.
marmara-antalya-turkey

Jules Underwater Lodge
Lokasi : Florida, amerika
Info : Bekas makmal dan hotel dalam air pertama di dunia. Untuk masuk, tetamu perlu ada lesen skuba kerana dikehendaki menyelam 21 kaki ke dasar laut.
jules-underwater-lodge-florida

Tianzi Hotel
Lokasi : Hebei, China
Info : Hotel dengan imej yang terbesar di dunia. Melambangkan nasib yang baik, kekayaan dan umur panjang.
tianzi-hotel-hebei

Karostas Cietums
Lokasi : Liepaja, Latvia
Info : Bekas penjara yang dibina pada 1905. Untuk tetamu yang ingin merasa bagaimana keadaan malam di penjara.
karostas-cietums-latvia

Kokopelli’s Cave Bed and Breakfast
Lokasi : New Mexico, amerika
Info : 1 bilik di bawah tanah di kedalam 100 kaki.
kokopellis-cave-bed-and-breakfast-new-mexico

Godiva Chocolate Suite
Lokasi : New York, amerika
Info : Kebanyakan perabot diperbuat daripada coklat, antaranya katil, lampu dan pemegang kerusi.
godiva-chocolate-suite-new-york

Giraffe Manor
Lokasi : Nairobi, Kenya
Info : Hotel 6 bilik dan kepala zirafah akan masuk melalui tingkap ketika tetamu sedang menjamu selera.
giraffe-manor-nairobi-kenya

Artikel Berkaitan :
Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia
Bangunan Paling Pelik Di Dunia
Haiwan Paling Pelik Di Dunia
Nama Tempat Paling Pelik Di Dunia
Kematian Paling Pelik Di Dunia
Undang Undang Paling Pelik Di Dunia
Makanan Paling Pelik Di Dunia
Restoran Paling Pelik Di Dunia
Tempat Paling Pelik Di Dunia
Fesyen Paling Pelik Di Dunia
Gambar Paling Pelik Di Dunia
Kenderaan Paling Pelik Di Dunia
Manusia Paling Pelik Di Dunia
Rumah Paling Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.