Jantung Lelaki Di Bahagian Abdomen

Ho Zhiliang, seorang lelaki menjalani hidup dalam keadaan luar biasa apabila jantungnya berada di kedudukan yang tidak sepatutnya. Dia yang berusia 24 tahun dari daerah Hubei China, jantungnya berada di bahagian abdomen, iaitu hanya disebalik kulit perut yang nipis. Dia mengalaminya sejak dilahirkan, dan keluarga tidak sangka dia akan hidup lama disebabkan masalah ini. Zhiliang menerima keadaan tersebut dan cuba hidup secara normal termasuklah mendapatkan kerja.

jantung-di-bahagian-abdomen-perut

Pada suatu hari, dia terbaca kisah lelaki yang mengalami nasib yang sama dengannya. Huang Rongming menjalani pembedahan untuk membetulkan kedudukan jantung dan telah berjaya. Ini mendorong Zhiliang untuk buat perkara yang sama, dan dianggarkan pembedahan akan memakan masa selama 10 jam.

Bersyukurlah dengan kesihatan kita sekarang. Ada yang kurang bernasib baik, tidak seperti kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.