Kematian Paling Pelik Di Dunia

Kes kematian yang pelik memang berlaku di seluruh dunia. Ada kes yang kita tahu dan ada juga yang tidak diketahui. Sudah pasti, setiap kematian samada biasa atau tragis akan mengundang rasa sedih orang disekeliling si mati. Apa-apa pun, setiap yang hidup pasti akan mati. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 kes kematian pelik yang berlaku di seluruh dunia berserta sedikit fakta atau info yang berkenaan. Ada yang mati akibat sebab yang tidak munasabah, namun kes ini tidak berlaku di Malaysia.

gambar-orang-mati

Humberto Hernandez (2007)
Lelaki berusia 24 tahun dari California ini menemui ajal ketika sedang berjalan. Sebuah kereta melanggar pili bomba dan air yang terkeluar dari pili tersebut mengenai mukanya. Tekanan kuat telah membunuhnya.

Lee Seung Seop (2005)
Lelaki berusia 28 tahun dari Korea Selatan ini menemui ajal selepas bermain permainan video StarCraft selama hampir 50 jam.

Fagilyu Mukhametzyanov (2012)
Wanita berusia 49 tahun dari Russia ini menemui ajal akibat sakit jantung. Pihak hospital mengesahkan kematiannya (walhal dia belum mati, mungkin cuma pengsan) dan majlis pengebumian telah diadakan. Ketika majlis berlangsung, dia tersedar dan kemudian diserang sakit jantung kerana terkejut. Selepas itu, barulah dia betul2 mati. Adeh macamni pun ada!

Ilda Vitor Maciel (2012)
Wanita berusia 88 tahun dari Rio de Janeiro ini menemui ajal akibat kesilapan jururawat. Sepatutnya dia diberi makan sup melalui salur makan tetapi jururawat telah menyuntik sup pada lengan kanannya. 12 jam kemudian, dia mati.

Brian J. Parry (2013)
Lelaki berusia 50 tahun dari Washington ini menemui ajal kerana membunuh diri. Dia menembak kepala di tempat latihan menembak ketika menjalani kursus pengendalian senjata api.

Tidak Dikenalpasti (1995)
Lelaki berusia 39 tahun dari Canberra, Australia menemui ajal selepas 3 kali cubaan membunuh diri. Mula-mula dia tembak shotgun di dadanya. Tapi tak mati. Kemudian dia jalan 15 meter, isi peluru, tembak di dalam tekak. Tak mati lagi. Seterusnya dia isi peluru, pegang shotgun guna tangan untuk halakan muncung senjata ke dada dan tarik picu guna ibu jari kaki. Barulah dia mati setelah peluru memusnahkan jantungnya.

Joao Maria de Souza (2013)
Lelaki berusia 45 tahun dari Caratinga, Brazil menemui ajal akibat dihempap seekor lembu. Ketika lembu yang dipercayai terlepas dari ladang telah lalu diatas bumbung tempat dia tidur. Bumbung pecah dan lembu jatuh keatasnya.

Kevin Whitrick (2007)
Lelaki berusia 42 tahun dari Wellington, United Kingdom menemui ajal selepas membunuh diri. Dia gantung diri di hadapan webcam ketika sedang online.

Garry Hoy (1993)
Lelaki berusia 38 tahun dari Toronto, Kanada menemui ajal ketika cuba membuktikan kekuatan cermin di Toronto-Dominion Centre kepada sekumpulan pelawat. Sebelum ini, dia sememangnya akan buat aksi melanggar cermin untuk buktikan yang cermin tersebut tidak akan pecah. Namun pada hari kejadian, cermin tidak pecah tetapi bingkai cermin telah tercabut. Dia jatuh dari tingkat 24.

Tennessee Williams (1983)
Lelaki berusia 71 tahun dari New York, amerika menemui ajal akibat tercekik penutup botol. Ketika ingin titis ubat mata, dia baring dan letak penutup di mulut dan tertelan.

sumber gambar

Artikel Berkaitan :
Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia
Bangunan Paling Pelik Di Dunia
Haiwan Paling Pelik Di Dunia
Hotel Paling Pelik Di Dunia
Nama Tempat Paling Pelik Di Dunia
Undang Undang Paling Pelik Di Dunia
Makanan Paling Pelik Di Dunia
Restoran Paling Pelik Di Dunia
Tempat Paling Pelik Di Dunia
Fesyen Paling Pelik Di Dunia
Gambar Paling Pelik Di Dunia
Kenderaan Paling Pelik Di Dunia
Manusia Paling Pelik Di Dunia
Rumah Paling Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.