Maksud Sarcasm Atau Sarkastik

Apa itu sarcasm atau sarkastik/sarcastic? Bagaimana penggunaannya? Maksud perkataan ini ialah sindiran, perli atau kata-kata pedas yang menusuk jiwa seseorang. Ia merupakan perkataan serta ayat yang diluahkan secara berlapik, yakni mempunyai maksud tersirat disebaliknya. Bukan semua orang akan faham apa yang cuba disampaikan oleh seseorang bersifat sarcasm, jadi ia boleh membawa kesan baik serta buruk. Boleh jadi kes gaduh woo!

sarcasm-text-quote-words-sarkastik

Untuk mengelakkan kesan negatif, belajar cara untuk faham apa tu sarkastik. Bagaimana? Baca sampai habis apa yang cuba disampaikan oleh orang lain. Kemudian fahamkan dan paling penting, buka dan luaskan tahap pemikiran anda. Jangan jadi katak di bawah tempurung, berfikiran sempit yang akan buat anda menghentam ikut pemikiran yang lurus.

Contoh :

Komen Budi terhadap status Ali di FB

Ali : “Dah 2 bulan aku hadap kereta aku ni, dapat jugak baiki apa yang patut. Rasa macam hebat pulak.”
Budi : “Wah! Dalam masa 2 bulan kau dah hebat baiki kereta. Mesti kau dah tahap mekanik kan.”
Dol : “Agak2 la Budi. Takkan dalam tempoh 2 bulan Ali dah boleh jadi mekanik!”

Budi bersarkastik terhadap Ali kerana kenyataannya yang berlagak. Dol tak faham apa tu sarcasm.

Lebih kurang macam ni la, tapi belum cukup sarkastik lagi haha. Tetapi guna sarcasm sebaik mungkin. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain hingga mereka sakit hati ok!

Maksud perkataan sarcasm dah tau, apa pula maksud ironi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.