Nama Tempat Paling Pelik Di Dunia

Jika anda mengelilingi seluruh dunia, terdapat nama tempat yang pelik dan unik. Nama-nama aneh ini menarik minat penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar negara untuk datang ke tempat tersebut. Terdapat sejarah yang menjurus kepada pemilihan nama itu. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 nama tempat berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.

1770
Lokasi : Queensland, Australia
Info : Cara sebutan ialah Seventeen Seventy. Nama asalnya Round Hill, tetapi telah ditukar selepas Captain Cooks (pelayar British dan kapten dalam Royal Navy) menemui tempat ini pada Mei 1770.
1770- seventeen-seventy-queensland-australia

Boring
Lokasi : Maryland, amerika
Info : Dinamakan sempena posmen, David Boring.
boring-maryland

Condom
Lokasi : Perancis
Info : Ia bermaksud pasar tempat pertemuan 2 atau lebih sungai. Tiada kaitan dengan perkataan bahasa inggeris.
condom-france

Fucking
Lokasi : Austria
Info : Cara sebutan ialah Booking. Ejaan nama tempat ini pada kurun ke-6 ialah Focko, Vucchingen pada 1070, Fukching pada 1303, Fugkhing pada 1532, dan Fucking pada kurun ke-18.
fucking-austria

Hospital
Lokasi : County Limerick, Ireland
Info : Sempena nama pejuang Knights Hospitaller.
hospital-county-limerick-ireland

Kill
Lokasi : County Kildare, Ireland
Info : Maksud perkataan ini ialah gereja. Cara sebutan ialah Chill.
kill-county-kildare-ireland

Nameless
Lokasi : Tennessee, amerika
Info : Ketika penduduk ingin daftar tempat ini di pejabat pos, ruang untuk diisi dengan nama tempat pada borang ditinggalkan kosong. Jadi jabatan pos mengembalikan borang permohonan ini dengan cop “Nameless”.
nameless-tennessee

No Name
Lokasi : Garfield County, Colorado
Info : Ketika lebuhraya Interstate 70 dibina, pemaju letak papan tanda sementara “No Name” pada susur keluar. Dan nama tersebut kekal sehingga ia siap dibina.
no-name-garfield-county-colorado

Slave Lake
Lokasi : Alberta, Kanada
Info : Tiada unsur perhambaan dalam pemilihan nama tempat ini.

Swastika
Lokasi : Ontario, Kanada
Info : Dinamakan sempena syarikat emas Swastika Gold Mine pada 1907, iaitu sebelum kemunculan logo tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.
swastika-ontario-canada

Artikel Berkaitan :
Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia
Bangunan Paling Pelik Di Dunia
Haiwan Paling Pelik Di Dunia
Hotel Paling Pelik Di Dunia
Kematian Paling Pelik Di Dunia
Undang Undang Paling Pelik Di Dunia
Makanan Paling Pelik Di Dunia
Restoran Paling Pelik Di Dunia
Tempat Paling Pelik Di Dunia
Fesyen Paling Pelik Di Dunia
Gambar Paling Pelik Di Dunia
Kenderaan Paling Pelik Di Dunia
Manusia Paling Pelik Di Dunia
Rumah Paling Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.