Panduan Dan Tips Sebagai Pengacara Majlis

Menjadi seorang pengacara atau pengerusi majlis bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan seseorang itu bersedia dalam pelbagai aspek sepanjang berlangsungnya sesuatu majlis. Antara majlis penting yang kerap diadakan ialah majlis rasmi kerajaan, perasmian, perkahwinan, makan malam, ceramah dan juga perpisahan. Jadi, panduan yang ingin kami kongsi dalam artikel ini sesuai untuk dijadikan “checklist” sekiranya anda adalah bakal pengerusi majlis. Perkara yang paling penting ialah anda perlu bersedia dan yakin.

pengacara-pengerusi-majlis

Tujuan Majlis
Anda perlu tahu apa tujuan sesebuah majlis diadakan. Ia boleh dijadikan info tambahan semasa anda mengendali majlis. Contohnya, majlis perpisahan pengetua sekolah. Anda boleh kongsikan kejayaan sekolah dibawah pimpinan pengetua tersebut.

Perjalanan Majlis
Seorang pengacara yang cekap mampu membahagikan masa dengan betul. Apabila diberi waktu mula dan tamat oleh penganjur, anda boleh bahagikan masa kepada beberapa bahagian iaitu permulaan, pertengahan dan hampir tamat. Oleh itu, masa yang ada tidak akan disia-siakan.

Skrip Atau Teks Ucapan
Ini antara elemen yang paling paling penting dalam majlis. Ia haruslah padat, betul dan disusun mengikut perjalanan sesebuah program. Dimulakan dengan kata-kata aluan, nama penuh dan pangkat atau gelaran tetamu kehormat yang betul, disulam dengan ayat-ayat menarik dan diakhiri dengan ucapan penghargaan.

Penampilan Dan Pakaian Yang Sesuai
Apabila anda sedia maklum apa tujuan majlis yang anda kendalikan, mudah untuk anda mengenakan pakaian yang bersesuaian. Sudah semestinya ia perlu mengikut tema dan kemas. Janganlah pula anda mengacarakan program kesukanan, tetapi pakai kemeja. Memang tak kena!

Kawal Diri
Syok sendiri merupakan perkara yang harus dielakkan. Penting. Anda ialah pengacara majlis, tugas anda untuk mengendalikan majlis, bukannya majlis itu awak yang punya. Contohnya, cakap tak ikut skrip ucapan atau cakap ikut sedap mulut dengan harapan orang akan terhibur. Lain pula jika anda gementar, suara pun jadi terketar-ketar. Perkara ini memang susah untuk dielakkan. Jadi, untuk membuatkan tetamu tidak bosan, anda perlu kelihatan yakin kerana ia mampu membuatkan anda fokus dengan tugas anda untuk kawal perjalanan majlis.

Minta Maaf
Sekiranya anda ada membuat sebarang kesilapan seperti salah cakap, sila minta maaf. Ia tidak menjadi satu kesalahan. Namun memang tak patut sekiranya setiap 10 minit anda salah cakap!

Suara Dan Sebutan
Anda lontarkan suara anda berserta sebutan yang jelas. Ini penting untuk memastikan tetamu yang hadir faham apa yang anda sampaikan. Tidak perlu untuk tiru suara orang lain atau ubah suara anda supaya kedengaran lebih menarik.

Sihat
Jika sakit sedikit, anda cubalah untuk melaksanakan tugas yang diberi. Namun, jika memang tak boleh, jangan paksa diri. Nanti kesihatan anda bertambah teruk dan dalam masa yang sama, suasana majlis akan suram.

Bersedia Dengan Segala Kemungkinan
Hal yang kerap berlaku dalam mana-mana majlis ialah mikrofon tidak berfungsi. Apabila perkara ini berlaku, jangan panik dan kelam-kabut. Maklumkan kepada pengajur. Dan juga tetamu kelihatan bosan. Bukan mudah nak hiburkan orang lain, jadi apa yang anda boleh buat ialah ubah gaya penyampaian, kelihatan lebih berkeyakinan, dan cuba berkomunikasi dengan tetamu sekiranya anda boleh berbuat demikian.

<!–more–>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.