Program Suntikan Vaksin HPV Percuma

Walaupun pelbagai keburukan telah didedahkan, program suntikan vaksinasi HPV terus diberikan secara percuma kepada wanita dan remaja perempuan berumur 18 tahun bermula November 2013. Vaksin atau imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) diberi melalui fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan Disember. Suntikan percuma ini boleh didapati di 58 Klinik Nur Sejahtera serta pusat kesihatan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

poster-vaksin-hpv

Program ini diteruskan selepas usaha mempromosi suntikan diperkenalkan bagi remaja perempuan berumur 13 tahun, yang dimulakan selepas Belanjawan 2012. Ia menyaksikan kerajaan sedia menyediakan peruntukan RM50 juta untuk tujuan mencegah kanser serviks atau kanser pangkal rahim. Kemudahan imunisasi bernilai RM150 bagi tiga suntikan ini dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Syarat dan kriteria wanita yang layak di bawah program ini ialah wanita warganegara Malaysia berusia 18tahun, tidak hamil, tidak pernah menerima kesan sampingan yang teruk setelah menerima suntikan pertama atau kedua serta tidak pernah menglami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

“Adakah suntikan ini memberi kesan yang positif? Jika tidak, apa keburukan suntikan vaksin HPV?”

Kebaikan Mengambil Suntikan Vaksin HPV
– Suntikan vaksin akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
– Pencegahan awal untuk kanser pangkal rahim.
– Akan diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9 hingga 26 tahun secara percuma.

Kesan Sampingan Pengambilan Suntikan Vaksin HPV
– Loya dan pening kepala. Jika terdapat kesan ini, individu tersebut akan diletakkan di bawah pemerhatian petugas kesihatan selama 20 minit.
– Rasa sakit, kurang selesa, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan.
– Badan menjadi lenguh dan otot berasa lemah.
– Rasa gatal, timbul bintik merah di kulit, sakit sendi dan demam pada 38 darjah Celcius atau lebih.
– Jangkitan sistem pernafasan (hidung, tekak, kerongkong).
– Sukar untuk bernafas.
– Pengsan.

Bukan semua penerima akan merasai kesan sampingan seperti yang disenaraikan. Jadi, usah takut jika anda perlu mengambil suntikan ini.

Sumber: 1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.