Ritual Hidung Berdarah Untuk Jadi Dewasa

Untuk menjadi lelaki dewasa dalam Puak Sambia di Papua New Guinea, kanak-kanak lelaki terpaksa mengharungi 6 peringkat ritual. Bagi melengkapkan peringkat ini, ia mengambil masa sehingga 16 tahun, sebelum mereka bergelar lelaki sejati. Ritual dilakukan untuk mendedahkan kanak2 bagaimana untuk hidup dan peranan sebagai lelaki dalam puak. Ia juga ingin memastikan mereka menjadi pahlawan yang kuat dan berani. Dalam masa yang sama, bakal lelaki dewasa akan didedahkan tentang bahaya perempuan kepada kaum lelaki. Apa yang bahaya pun, kami tak pasti. Mungkin perempuan akan mengganggu proses lelaki menjadi gagah perkasa agaknya.

hidung-berdarah-puak-sambia

Terdapat 3 peringkat yang perlu dilalui, iaitu :
Moku – peringkat pertama, ketika berusia 7 hingga 10 tahun
Imbutuand – peringkat kedua, 10 hingga 13 tahun
Ipmangwi – peringkat ketiga, 14 hingga 16 tahun

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan ritual dalam peringkat pertama. Sekumpulan lelaki dewasa akan mengambil kanak-kanak lelaki dari pondok keluarga kanak2 terbabit. Kemudian dia akan dibawa ke pondok yang dihuni oleh kaum lelaki sahaja, dan seorang lelaki dewasa akan jadi penjaganya. Apabila tiba hari ritual dijalankan, kanak2 dibawa ke hutan. Rumput yang panjang disediakan, kemudian ia akan dimasukkan ke dalam hidung. Ia menyebabkan hidung berdarah dengan banyak, kesan dari bahagian tajam pada bahagian tepi rumput tersebut! Tujuannya adalah untuk memisahkan darah ibu yang mengalir dalam badan kanak2 lelaki itu.

Ada yang masih terkejut selepas baca artikel tentang ritual bahaya ni?

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.