Robot Tilik Nasib Di India

Tilik nasib merupakan sebahagian daripada kehidupan penduduk dan juga budaya di India. Pelbagai kaedah digunakan untuk meramal masa depan seseorang, antaranya tilik tapak tangan, horoskop dan juga kad. Apabila zaman makin ke hadapan, kini muncul robot yang menjadi tukang tilik. Setiap hari Ahad, robot ini boleh di temui sekitar jalanan bandar Bangalore dengan pelbagai bentuk dan warna yang terang Ia dilengkapi dengan lampu LED, jam analog dan headphone. Dengan bayaran 5 rupee, lebih kurang 30 sen, orang yang ingin meramal masa depan akan pakai headphone untuk mendengar ramalan.

1.
robot-tilik-nasib

Bahasa yang robot ini keluarkan hanya Hindi, Tamil, Kannada dan Telugu. Keputusan tilikan telah dirakam dalam “tape” yang ada dalam robot tersebut. Maka, sesiapa yang percaya dengan tilikan akan terpengaruh dengan apa yang diucapkan robot tersebut.

Canggih bukan? Pakai robot aje! Ada pihak di luar kawasan yang membekalkan robot ini, untuk diletakkan di sekitar Bangalore.

2.
robot-tilik-nasib

3.
robot-tilik-nasib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.