Sejarah Dan Asal Usul Rokok

Hukum hisap rokok adalah haram dari pandangan Islam dan fatwa kerana merokok boleh memudharatkan badan dan kesihatan, membazir serta mensia-siakan harta. Kandungan dalam setiap batang rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Walaupun pelbagai bahaya melebih manfaat rokok telah diketahui, ia masih disedut oleh perokok. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan sejarah dan asal usul rokok di dunia.

american-tobacco-company

Tembakau ditanam di Mexico dan Amerika Tengah pada kurun ke-9. Asap tembakau disedup melalui penyedut yang berbentuk tiub oleh Kaum Maya dan Aztec, iaitu untuk upacara keagamaan dan perubatan. Ini dikatakan antara rokok pertama di dunia. Tembakau ditanam secara besar-besaran di amerika pada kurun ke-17 untuk tujuan komersial dan sebelum kertas pembalut tercipta pada, tembakau dibalut dengan helaian daun menggunakan tangan.

Washington Duke Sons & Company yang diuruskan oleh James Buchanan Duke memulakan perniagaan rokok moden pada tahun 1979. Pada 1881, James Albert Bonsack mencipta mesin penggulung tembakau untuk menghasilkan rokok dengan lebih cepat dan produktif. Duke mengambil peluang ini melalui kerjasama dengan Bonsack Machine Company in 1884. Semua rokok akan dikeluarkan menggunakan 2 mesin yang disewa oleh Duke dan dia juga mengupah mekanik mesin milik Bonsack. Untuk memastikan produk keluarannya terkenal, Duke berbelanja besar dalam pengiklanan dan memaksa pesaingnya meletakkan harga lebih murah.

james-albert-bonsack
James Albert Bonsack

james-buchanan-duke
James Buchanan Duke

the-bonsack-cigarettes-machine
Mesin penggulung tembakau Untuk dijadikan rokok

Pada tahun 1890, pesaing yang hampir gulung tikar terpaksa menyertai Duke dalam American Tobacco Company antaranya ialah Company. W. Duke & Sons, Allen & Ginter, W.S. Kimball & Company, Kinney Tobacco and Goodwin & Company. Sepanjang zaman kegemilangan American Tobacco sebagai pengeluar rokok dalam kuantiti yang besar, kira-kira 250 syarikat pengeluar rokok telah diambil alih. Namun masih terdapat persaingan iaitu pada tahun 1900, Philip Morris memperkenalkan rokok Marlboro. Pada lewat kurun ke-19, rokok mula dijual dalam paket seperti sekarang ke seluruh amerika. Kehebatan rokok tersebar ke seluruh dunia melalui peperangan dan semakin terkenal.

Ketika perang yang melibatkan negara Jerman, doktor disana mengenalpasti kaitan antara merokok dan kanser paru-paru. Pada 1964, ketua doktor di amerika menulis satu laporan tentang bahaya menghisap rokok iaitu kandungan nikotin dan tar dalam rokok menyebabkan kanser paru-paru. Kemudian pada tahun berikutnya, pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya setiap pek rokok mesti mengandungi amaran tertulis “Cigarettes may be hazardous to your health.” Pada tahun 80-an, syarikat rokok memperkenalkan rokok rendah tar dan nikotin untuk mengembalikan keyakinan perokok supaya terus merokok dan memilih produk mereka. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan tempatan, syarikat swasta dan pihak lain mula mengambil langkah menghadkan kawasan merokok di tempat-tempat awam. Syarikat rokok juga tidak dibenarkan mengiklankan rokok di TV dan radio serta cukai terhadap rokok juga dinaikkan.

Kini syarikat-syarikat rokok memiliki ladang tembakau di Afrika, Brazil, Paraguay, India, Pakistan, Filipina dan Greece. 50% dari jualan syarikat rokok amerika di negara-negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Filipina dan Taiwan. Manakala 30% jualan di Eropah dan Timur Tengah. Keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas syarikat untuk jual rokok di negara sendiri.

Sumber :
1, 2, 3, 4, 5

One thought on “Sejarah Dan Asal Usul Rokok

  1. Nice iinfo…..bila baca baru tahu…. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.