Sekolah Dibina Dari Kertas Kitar Semula

Beberapa buah bangunan sekolah di China dibina dari kertas kitar semula. Ia terletak di daerah Sichuan yang terjejas akibat gempa bumi Wenchuan. Bangunan ini adalah bangunan sementara yang dibina sebagai penyelesaian sekiranya gempa bumi berlaku lagi. Pembinaan diketuai oleh arkitek Jepun, Shigeru Ban dan dibantu oleh sekumpulan pelajar China dan Jepun. Tiangnya berbentuk tiub, diperbuat dari kertas kitar semula, berbumbungkan playwood dan polycarbonate sebagai dinding. Kenapa bahan2 ini digunakan? Jika ia runtuh akibat gempa bumi, pelajar di sekolah ini tidak akan mengalami kecederaan yang serius.

1.
sekolah-kertas-sichuan-gempa-bumi

Apa yang mengagumkan, bangunan ini kalis air dan api.

2.
sekolah-kertas-sichuan-gempa-bumi

3.
sekolah-kertas-sichuan-gempa-bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.