Undang Undang Paling Pelik Di Dunia

Undang-undang pelik dan tidak masuk akal ada diamalkan di sesetengah negara. Ia sememangnya penting untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk dalam negara. Tetapi jika mengarut sangat, susah untuk dipatuhi. Antara undang-undang yang pelik ini dilaksanakan di tempat terbuka, ketika memandu dan juga ketika berada di rumah. Untuk pelancong yang baru menjejaki ke negara lain, sudah pasti perkara ini akan menimbulkan kekeliruan. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 undang-undang yang ada di seluruh dunia berserta sedikit fakta atau info yang berkenaan. Namun ianya tidak dilaksanakan di Malaysia.

undang-undang-adil

Bagi Burung Makan
Lokasi : St Mark’s Square, Venice
Info : Ingin mengurangkan jumlah burung yang telah menyebabkan kemusnahan pada struktur bersejarah.

Kehabisan Minyak Kereta Di Lebuhraya
Lokasi : Jerman
Info : Akan menyebabkan jalan sesak.

Memandu Ketika Pakai Sandal Atau Selipar Jepun
Lokasi : Sepanyol
Info : Boleh membahayakan nyawa dan merupakan salah satu jenayah berat.

* Di Malaysia pun tak boleh pandu pakai selipar jepun. Nanti tersangkut pada pedal minyak atau break.

Bina Istana Pasir
Lokasi : Itali
Info : Bina istana pasir adalah satu jenayah disana.

Memandu Tanpa Buka Lampu Hadapan
Lokasi : Denmark
Info : Lampu hadapan perlu dibuka walaupun pada waktu siang kerana ia undang-undang negara.

Pijak Duit
Lokasi : Thailand
Info : Ia menjadi satu jenayah berat. Wajah Raja Thailand dicetak pada duit dan perbuatan ini umpama penghinaan terhadap raja.

Obesiti
Lokasi : Jepun
Info : Ia undang-undang negara. Ukuran pinggang maksimum untuk lelaki ialah 80 cm.

Pam Tandas Selepas 10 Malam
Lokasi : Switzerland
Info : Bunyi bising dan mengganggu orang lain

* Terdapat juga pihak menyatakan hal ini merupakan undang-undang yang dibuat oleh pemilik bangunan disana, bukan undang-undang negara.

Memancing Ikan Pada Hari Ahad
Lokasi : United Kingdom
Info : Tidak dibenarkan memancing di sungai pada hari ahad kerana ia melanggar undang-undang.

Denda Jika Ada Anak Ketiga
Lokasi : Kerala, India
Info : Denda yang mahal akan dikenakan sekiranya anda memiliki anak yang ketiga. Maksudnya hanya 2 anak yang dibenarkan.

Artikel Berkaitan :
Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia
Bangunan Paling Pelik Di Dunia
Haiwan Paling Pelik Di Dunia
Hotel Paling Pelik Di Dunia
Nama Tempat Paling Pelik Di Dunia
Kematian Paling Pelik Di Dunia
Makanan Paling Pelik Di Dunia
Restoran Paling Pelik Di Dunia
Tempat Paling Pelik Di Dunia
Fesyen Paling Pelik Di Dunia
Gambar Paling Pelik Di Dunia
Kenderaan Paling Pelik Di Dunia
Manusia Paling Pelik Di Dunia
Rumah Paling Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.