150 CCTV Dipasang Pada Satu Dinding Di Madrid

150 CCTV (closed-circuit television) dipasang pada satu dinding sebuah bangunan di Madrid, Sepanyol. Bangunan ini terletak di jalan yang agak sunyi. Tujuan 150 CCTV ini dipasang bukan kerana keselamatan, tetapi untuk tujuan seni! CCTV ini tidak berfungsi dan tidak merakam video.

1.
150-cctv-dinding-madrid

Kesemuanya dihalakan hanya pada bahagian jalan dan dilakukan oleh artis seni jalanan “Spanish Banksy” atau SpY. Motif ia dipasang adalah untuk lihat reaksi orang awam apabila berhadapan dengan cctv yang menjadi simbol keselamatan. Antara yang kerap berlaku ialah orang awam kelihatan pelik dengan kehadiran alat ini dengan jumlah yang banyak di satu dinding sahaja. Dan sesetengah orang akan cuba membuat aksi bila berhadapan dengannya.

2.
150-cctv-dinding-madrid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.