Budak Yang Tiada Rasa Sakit

Isaac Brown seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun. Dia menghidapi Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (CIPA) iaitu tidak berasa sakit dan berpeluh. Mengikut bidang perubatan terkini, penyakit ini tidak boleh dirawat. Namun kajian masih diteruskan untuk menemui penawarnya. Keadaan Brown amat membimbangkan kedua ibubapanya kerana dia seorang yang aktif. Apabila cedera, dia tidak tahu yang perkara tersebut boleh membahayakan nyawanya.

isaac-brown-no-pain

Sebagai contoh, kanak-kanak ini hanya gelak ketika jatuh tersembam atas tanah dan tangan tercelup dalam kopi panas. Dia tidak menangis ketika tulang pelvis patah akibat jatuh sewaktu bermain. Pernah bapanya terpijak kaki Brown, dia gelak kerana menganggap ia sesuatu yang lucu. Sebagai penyelesaian terdekat, ibubapanya ajar dan terangkan apa penyebab yang akan buat dia tercedera. Jika perkara tersebut berlaku keatas dirinya, dia haruslah menjerit walaupun tak rasa sakit.

Kesiannya budak ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.