Dawai Kokot Emas

Dawai kokot atau stapler bullet adalah sebahagian dari keperluan di pejabat. Bullet yang kita biasa guna berwarna perak dan diperbuat dari zink. Tetapi apa yang dikeluarkan oleh syarikat OOOMS berpengkalan di Belanda agak menarik. Dawai kokot emas 14 karat dijual untuk golongan korporat dan juga sesiapa yang mampu memilikinya.

1.
dawai-kokot-stapler-bullet-emas

Selain digunakan pada kertas, ia juga boleh dilekatkan pada pakaian untuk menonjolkan keseriannya. Satu set mengandungi 24 keping bullet berharga 59 Euro atau lebih kurang RM265 sahaja. Erk! Berbaloi beli alat tulis ini kerana ia akan diberikan dalam bekas berbaldu kepada pembeli, bukan kotak kertas. Ada yang teringin nak beli? Boleh klik sini >> oooms.nl

Untung la siapa yang dapat kertas dengan dawai kokot ni kan. Boleh jual di kedai emas! haha

2.
dawai-kokot-stapler-bullet-emas

3.
dawai-kokot-stapler-bullet-emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.