Declawing – Proses Buang Kuku Kucing

“Declawing” merupakan proses pembedahan membuang kuku kucing, iaitu lebih dari potong.
Ia bukanlah manicure atau trim kuku tetapi pembedahan yang menyakitkan dan memerlukan masa penyembuhan yang lama. Untuk makluman anda, kuku kucing bukan sekadar kuku, tetapi ia mempunyai urat dan berperanan seperti tulang. Jika buang kukunya, kucing kehilangan sebahagian tulang kaki. Umpama seorang manusia yang buang hujung jarinya.

declawing-procedure-cat

Kesan yang akan dialami antaranya tidak boleh mencakar, kaki menjadi lemah, memberi kesan kepada otot bahu dan otot belakang kucing, susah untuk berjalan dengan seimbang dan melompat. Tanpa kuku, kucing juga hilang kaedah untuk jadi pemangsa dan mempertahankan diri.

declawing-poster

Proses ini dilakukan oleh pemilik yang mementingkan diri sendiri tanpa menyedari kesan yang akan dialami oleh kucing mereka. Pembedahan ini masih dilakukan tetapi banyak negara di dunia yang telah mengharamkannya. Ada pemilik yang berkongsi, personaliti kucing mereka berubah selepas dibuang kuku seperti tidak lagi menjadi aktif.

softpaws-nail-caps
*penutup kuku untuk kucing

Sekiranya anda risaukan keselamatan anak anda yang masih kecil dan perabot dalam rumah, apa yang boleh dilakukan adalah trim atau potong sebahagian kuku. Kuku kucing dikhuatiri menjadi pembawa penyakit. Anda juga boleh guna penutup kuku untuk elakkan perabot dari dicakar.

Ada pendapat menyatakan, tidak perlu pun untuk potong kuku haiwan ini. Ia sememangnya diciptakan sebegitu dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Sekiranya kotor menjadi alasan, lebih bagus anda kerap cuci kukunya. Janganlah bela kucing kalau anda sayangkan anak kecil dan perabot, takut terseksa haiwan ini.

Rasanya di Malaysia tiada perkhidmatan untuk proses buang kuku. Yang ada cuma potong kuku sahaja.

Sumber info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.