Fakta Pelik Tapi Menarik

Berikut antara fakta menarik tapi pelik yang berlaku dalam kehidupan kita dan perlu dibaca! 10 fakta ini tidak disahkan melalui kajian saintifik mahupun psikologi, namun ia berlaku dalam hidup seharian. Adakah fakta yang disenaraikan ini pernah anda alami dan benar-benar terjadi?

fakta

1. Apabila sudah baring untuk tidur, anda akan fikir samada berbaloi atau tidak untuk pergi ke tandas.

2. Anda tidak akan lihat jam ketika berada di kelas atau pejabat dengan harapan masa lebih cepat berlalu.

3. Pengajar akan guna waktu kelas atau kuliah untuk bagi ceramah 15 minit apabila seseorang datang lambat.

4. Sebelum tidur, anda akan kira berapa jam waktu tidur anda.

5. Fikir tentang perjalanan hidup dan masa depan ketika mandi.

6. Bilik dan ruang tamu bersepah walaupun masa dihabiskan dengan memegang smartphone dan hanya baring atas katil.

7. Bekas biskut butter dijadikan bekas jarum dan alatan menjahit.

8. “Saya tidak tahu” akan diungkapkan sekiranya anda malas hendak fikir jawapan kepada sesuatu soalan.

9. “Dan lain-lain” ditulis apabila anda lupa beberapa contoh.

10. Browser Internet Explorer digunakan untuk download browser lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.