Ganti Diri Dengan Orang Lain Ketika Di Penjara

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi kisah kemalangan yang melibatkan Hu Bin dan Tan Zhuo di China. Kejadian berlaku pada malam 7 Mei 2009 dimana Hu Bin, 20, anak orang berpengaruh bersama kekasih dan rakan2nya yang juga anak orang berpengaruh sedang lumba haram jalanan di Hangzhou. Ketika mereka sedang berlumba, Tan Zhuo, 25, melintas jalan dan telah dilanggar oleh Hu Bin yang memandu Mitsubishi Evo 9. Dia maut di tempat kejadian. Perlumbaan ini melibatkan 3 buah kereta.

hu-bin-after-accident

Sementara menunggu pihak polis dan perubatan tiba, Hu Bin dan rakan2nya dirakam sedang berbual, merokok dan gelak. Tanpa ada rasa bersalah! Ini menimbulkan amarah orang awam. Apabila polis tiba dan mengetahui kes ini melibatkan anak orang berada, mereka seolah-olah mempertahankan kumpulan remaja tersebut. Polis hanya terima keterangan saksi iaitu rakan Hu Bin! Hasil siasatan menyatakan kelajuan pemanduan mereka cuma 70KM/J. Memang tak munasabah langsung.

mitsubishi-evo-9-hu-bin

hu-bin-police-car
*Dalam kereta polis

Keadaan di tempat kejadian ini belum mengejutkan lagi, ada lagi yang akan buat anda geram.

Tiba hari perbicaraan, tertuduh hadir tetapi remaja tersebut bukan Hu Bin. Dia merupakan pengganti diri yang diupah oleh keluarga tertuduh. Keputusan dari perbicaraan kes ini, Hu Bin dijatuhi hukuman penjara 3 tahun. Orang awam dan keluarga Tan Zhuo tidak berpuas hati dengan tempoh hukuman dan juga apabila pengganti diri yang akan menggantikan tertuduh dalam penjara untuk jalani hukuman tersebut!

hu-bin-trial
*Kiri-Tiruan, Kanan-Hu Bin sebenar

Isu ketidakadilan seperti ini juga wujud di negara lain. Ia melibatkan orang yang berpengaruh dan kesan dari gejala rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.