Hidung Senget Selepas Bedah Separuh Harga

Akibat pembedahan plastik murah selepas diskaun, seorang wanita mengalami masalah hidung senget. Rita Nugent, berusia 31 tahun menjadi mangsa Dr. Olufemi Adeyinka Adeogba selepas menjalani pembedahan kosmetik untuk kecantikan. Kejadian malang berlaku di “New Birkdale Clinic” terletak di Liverpool selepas dia membayar 2200pound atau lebih kurang RM11870. Rita tertarik kerana harga yang ditawarkan agak murah dan Dr. tersebut memiliki kelulusan luar negara dan terlatih.

hidung-senget

Namun 6 bulan selepas pembedahan, hidung jadi senget dan jatuh. Apabila rujuk kepada Dr. Olufemi, dia meminta Rita supaya bersabar kerana hidungnya perlu tempoh penyembuhan lagi sebelum dapat lihat hasil yang sebenar. Rupa-rupanya Rita antara salah seorang mangsa doktor tersebut, ada ramai lagi mangsa. Sebelum pembedahan dijalankan, pelanggan sudah dimaklumkan mengenai risiko yang bakal dihadapi mereka.

Semuanya sudah terlambat kerana Rita perlu menjalani pembedahan susulan untuk membetulkan semula hidung yang senget. Menurut tribunal pengguna, khidmat Dr. Olufemi telah dibatal tetapi dia terus menawarkannya.

Nak cantik punya pasal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.