Kisah Ahli Gusti Andre the Giant

André the Giant atau nama sebenarnya André René Roussimoff (19 Mei 1946 – 27 Januari 1993) merupakan ahli gusti profesional Perancis. Ibubapanya berasal dari Bulgaria dan Poland. Dia memiliki ketinggian luar biasa dari orang lain kerana masalah terlebih pembesaran, iaitu 7 kaki 4 inci atau 2.24 meter serta berat 240kg. Pada usia 12 tahun, tingginya sudah 6 kaki 4 inci/190.5 cm dan berat 110kg. André merupakan pelajar pandai tetapi berhenti sekolah ketika usia 13-14 tahun kerana tidak rasa kepentingan pendidikan. Dia kemudian bekerja di kilang pengeluaran enjin traktor.

andre-the-giant-rene-roussimoff

Pada usia 17 tahun, André berhijrah ke Paris. Dia memulakan karier sebagai ahli gusti selepas berkenalan dengan pengurus tempatan, dan digelar Géant Ferré. Hasil dari kerja ini membantunya menjalani hidup disana. Dia bertukar-tukar pengurus sehinggalah dia dikenalkan kepada Vince McMahon, peneraju World Wide Wrestling Federation (WWWF) pada umur 26 tahun.

Tahun 1970an hingga 1980an menjadi zaman kegemilangannya sebagai ahli gusti. Dia telah menyertai:
– World Wide Wrestling Federation (Kemudian dikenali sebagai World Wrestling Federation)
– New Japan Pro Wrestling (NJPW)
– Wrestlemania III
– WrestleMania V
– WrestleMania VI
– WrestleMania VII
– World Championship Wrestling (WCW)
– All Japan Pro Wrestling (AJPW) ketika penghujung karier, perlawanan akhir pada Disember 1992
André the Giant menjadi juara 1 kali di World Wrestling Federation. Pada tahun 1974, Guinness Book of World Records mengesahkan dia menjadi ahli gusti yang menerima bayaran tertinggi dalam sejarah iaitu USD400,000 dalam masa setahun.

andre-the-giant-rene-roussimoff

Lakonan
1970an – Menjadi bigfoot dalam drama televisyen, The Six Million Dollar Man
1984 – Watak Dagoth dalam filem Conan the Destroyer
1987 – Watak gergasi, Fezzik dalam filem The Princess Bride
1994 – Watak gergasi sarkas dalam filem Trading Mom (disiar selepas kematiannya)

André René Roussimoff mati pada 27 Januari 1993 di hotel Paris akibat kegagalan jantung untuk berfungsi iaitu tidak mengepam darah yang cukup untuk keperluan anggota badan. Pada waktu tersebut, dia di Paris untuk menghadiri majlis pengkebumian bapanya. André berusia 47 tahun.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.