Michael Schumacher Koma Akibat Kemalangan Salji

Juara dunia 7 kali Formula 1 (F1), Michael Schumacher koma akibat kemalangan ketika bermain ski/luncur salji. Lokasi kemalangan tersebut di Meribel ski resort, lereng gunung French Alps. Punca Schumacher koma disahkan akibat kecederaan otak selepas kepalanya terhentak batu. Ketika kejadian, dia yang berusia 44 tahun hilang kawalan selepas ski melanggar bongkah batu pertama dan seterusnya terhentak pada batu lain, yang menyebabkan helmet pecah. Kepalanya telah terhentak pada batu keempat dan inilah punca dia mengalami kecederaan.

1.
michael-schumacher-kemalangan-ski

Tompokan darah kelihatan pada salji berhampiran tempat kejadian. Dia diterbangkan ke Hospital Grenoble dengan menaiki helikopter penyelamat. Keadaan semasa dikatakan ada peningkatan, namun masih dalam keadaan kritikal. Schumacher akan terus dipantau serta siasatan lanjut masih diteruskan dan keterangan saksi diambil dan dikumpulkan.

2.
michael-schumacher-kemalangan-ski

3.
michael-schumacher-kemalangan-ski

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.