Nama Lelaki Paling Panjang Di Dunia

Nama orang yang mungkin paling panjang di dunia ialah milik Barnaby Usansky. Namanya terdiri daripada 29 perkataan atau 197 huruf. Dia lahir dan tinggal di Edinburgh, Scotland tertarik dengan nama tradisional. Setelah mengetahui tiada undang2 yang menghalang, lelaki ini daftar semua nama yang dia suka. Nama asalnya cuma Barnaby Usansky.

barnaby-usansky

Jom kita sebut nama dia dalam satu nafas haha

“Barnaby Marmaduke Aloysius Benjy Cobweb Dartagnan Egbert Felix Gaspar Humbert Ignatius Jayden Kasper Leroy Maximilian Neddy Obiajulu Pepin Quilliam Rosencrantz Sexton Teddy Upwood Vivatma Wayland Xylon Yardley Zachary Usansky”

Panjang gila! Mungkin perkara ini amat menggembirakan dia, tetapi kawannya tidak ambil peduli. Mereka tetap panggil dengan nama panggilan, Nick. Untuk makluman, Usansky tidak menghadapi masalah memiliki nama panjang kerana dia tidak bekerja. Jadi tak perlu mengisi banyak borang! Dia daftar nama pun guna duit tinggalan bapanya yang telah mati.

Artikel berkaitan:
Nama Perempuan Paling Panjang Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.