Penyanyi Kumpulan Black Metal Dibunuh Kerana Tidak Cukup Satanists

Pada 8 Jan 2014, Samong Traisattha, penyanyi atau vokalis kumpulan black metal Thailand, Surrender of Divinity, telah mati dibunuh. Lelaki berusia 36 tahun ini mati akibat ditikam 30 kali oleh Prakarn Harnphanbusakorn. Pada hari kejadian, isterinya Jaruvan Surapol, lihat suspek datang ke rumah mereka untuk membeli t-shirt. Kemudian suaminya minum bersama suspek yang dikatakan peminat kumpulan tersebut. Selepas tidurkan anak, dia lihat suaminya sudah berlumuran darah di atas lantai. Pihak polis yang menjalankan siasatan menemui pisau sepanjang 1 kaki dan telefon bimbit milik suspek. Polis mengandaikan mereka bergaduh semasa minum.

1. Surrender of Divinity
samong-traisattha-surrender-of-divinity-prakarn-harnphanbusakorn

Namun pada 10 Jan 2014, status facebook milik akaun Maleficent Meditation memberi jawapan. Pemilik akaun mengaku telah membunuh Samong Traisattha dan disertakan gambar lokasi kejadian.

“I have intended to end my life since I was 25. Because I’ll die eventually, I want to drag down those who tarnish Satanism with me. But I refrained from killing women and children. In my view, I have more respect for devoted Buddhists, Christians and Muslims than those who call themselves Satanists without knowing anything about it. If I did not kill him, I’m sure he would be murdered by someone else later. People who do not have faith in Satan should not call themselves Satanists.”

*ayat sebenar dalam bahasa thai

2. Prakarn Harnphanbusakorn
samong-traisattha-surrender-of-divinity-prakarn-harnphanbusakorn

Selepas disiasat, akaun Maleficent Meditation milik Prakarn Harnphanbusakorn! Suspek juga memaklumkan dia bukan peminat kumpulan Surrender of Divinity.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.