Sewa Kereta Polis Di Switzerland

Sekiranya pemilik rumah ingin pergi bercuti atau perlu meninggalkan kediaman untuk jangka masa yang lama, mereka boleh sewa kereta polis. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh usahawan kereta sewa, Andras Birrer di Switzerland. Perkhidmatan yang pelanggan dapat ialah kereta polis akan diletakkan berhampiran dengan kediaman untuk mengelakkan kejadian pecah rumah dan kecurian.

1. Andras Birrer bersama kereta sewa miliknya
hyundai-i40-andras-birrer-switzerland

Kereta Hyundai i40 milik Birrer akan dicat menyerupai kereta polis sebenar. Dia mengiklankan idea ini di surat khabar dan mendapat maklum balas yang positif.

“Don’t want your home broken into? Are you leaving on vacation soon? Rent our police car, we leave it parked outside your home the entire time”

Harga yang dibayar oleh pelanggan ialah 250franc atau RM902 untuk tempoh seminggu. Namun pihak polis mempersoalkan perkhidmatan ini. Ia tidak salah tetapi cuma kurang berkesan. Sekiranya kereta diletak terlalu lama pada satu tempat, sudah pasti penjenayah akan kenalpasti ianya sebuah kereta polis yang disewa.

Logik juga kenyataan polis. Penjenayah yang tak tahu pun boleh tahu rumah mana yang selamat untuk dipecah masuk.

2.
hyundai-i40-andras-birrer-switzerland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.